Penyanyi dan penyampai radio, Mawi, mendedahkan, sudah menjadi kebiasaannya untuk memohon maaf kepada isterinya, Ekin, pada setiap malam sebelum tidur walaupun tidak melakukan sebarang kesalahan.
Menurut Mawi, atau Asmawi Ani, 42, itu adalah caranya menghargai kehadiran isteri, Nora’ Asikin Rahmat, yang setia bersama dan menjaganya walaupun pernah menghidap sakit misteri beberapa tahun lalu. Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dikatakan sudah hampir gila, muntah darah dan sempat hilang ingatan menyebabkannya menyepi dari industri seni selama lima tahun. "Dalam tempoh itu, memang saya tidak lagi bernyanyi. Apa yang paling menyentuh, Ekin tidak pernah meninggalkan saya. “Memandangkan dia mahir ilmu perniagaan, dia buat bisnes dan saya bantu semampu boleh. Kami sama-sama bangunkan perniagaan untuk kelangsungan hidup.
“Selepas keluar dari hospital dulu, ingatan saya seperti terganggu. Ekin pun saya tidak kenal. Saya ambil masa tiga bulan untuk pulihkan memori. Ekin memang sangat penyabar. Betullah dia bidadari dan pelengkap hidup saya,” katanya.
|
Nurul_007 replied at 29-11-2023 02:41 PM
Meols ok je dgn dia ni tp sb kes mkn seafood tu terus turn off.cuma meols tk blh lupa btapa gah nya ...
Nurul_007 replied at 29-11-2023 02:41 PM
Meols ok je dgn dia ni tp sb kes mkn seafood tu terus turn off.cuma meols tk blh lupa btapa gah nya ...
A-Are replied at 29-11-2023 02:54 PM
nk try diana tu slot cerita magika ke u olls
Nurul_007 replied at 29-11-2023 03:27 PM
Bkn itu you.diana bini zamarul
fair_iza replied at 29-11-2023 01:09 PM
Husband kwn aku pn mcm ni. Sblm tido husband dia minta maaf dn halalkn semua utk isteri. Br seminngu ...
supernaturalee replied at 29-11-2023 05:02 PM
"Mengimbau kembali detik sukar pada 2013, Mawi menjelaskan keadaan dirinya sangat teruk apabila dika ...
ADVERTISEMENT