Pelakon dan penyanyi, Wafiy Aan tidak akan melupakan pengorbanan dilakukan oleh bapanya iaitu Johan Awang Baba yang sanggup menutup perniagaan diusahakan demi menyokong karier seninya. Wafiy atau Mohd Wafiy Ilhan, 21, memberitahu bapanya juga sanggup mengeluarkan semua simpanan termasuk menjual kenderaannya untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.
Dedah Wafiy, ketika itu dia sekeluarga menetap di Beaufort, Sabah dan memerlukan perbelanjaan besar untuk menghadiri penggambaran di Kuala Lumpur termasuk membeli tiket penerbangan. "Saya berasal dari Sabah dan sebelum ini ayah ada perniagaan menjual ikan. Alhamdulillah bisnes diusahakan bagus malah kami sekeluarga hidup selesa. "Tapi disebabkan minat saya dalam bidang seni, ayah sanggup menutup perniagaan dan menemani saya ulang-alik dari Sabah ke Kuala Lumpur. "Duit, simpanan semua habis sebab beli tiket penerbangan sampai dia jual kereta dan motosikal yang ada," katanya.
|
MisXoXo replied at 29-11-2023 04:25 AM
Jangan dh beso ko merempan rebel..kata dikerah keringat bagai sudah..jd bread winner lah..adik berad ...
ADVERTISEMENT