CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Allahyarham Jins Shamsudin Dituduh Suka Pinjam Duit, Hang Jebat Tak Duduk Diam, Tampil Menafikan Dakwaan

28-11-2023 10:41 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10446| Komen: 43

Description: Anak seniman legenda Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menyifatkan gambaran mengaitkan dia sebagai individu yang sering meminjam wang dan liat membayar hutang sebagai tidak jelas.Jebat atau Putera H ...
Anak seniman legenda Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menyifatkan gambaran mengaitkan dia sebagai individu yang sering meminjam wang dan liat membayar hutang sebagai tidak jelas.

Jebat atau Putera Hang Jebat, 36, berkata, dia sendiri tidak pasti dengan tuduhan tersebut yang dilihat boleh menjadi fitnah sekiranya ia tidak benar.



Enggan cepat melatah dengan isu berkenaan, Jebat memilih berpegang kepada pesanan bapanya agar tidak menghiraukan segala tohmahan dilemparkan kepada dia dan keluarga.

"Saya pun tidak pasti kenapa dakwaan seperti itu keluar. Kalau benda itu tidak betul, ia telah jadi fitnah dan kalau ia betul, ia adalah aib seseorang.

“Saya berpegang kepada pesanan arwah ayah agar tidak mendedahkan apa-apa di media sosial atau mana-mana platform," katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Sementara itu, Jebat juga enggan mengulas dakwaan dia menjual harta milik Jins dan akan membuat penjelasan mengenainya selepas keputusan mahkamah diketahui kelak.


Ini kerana kata Jebat, ketika ini dua perbicaraan di mahkamah sivil dan mahkamah syariah sedang berlangsung.

"Kes di mahkamah sivil adalah berkenaan isu jual tanah berharga RM2.75 juta. Saya telah menang kes tersebut, cuma sekarang ini pihak di sana membuat rayuan.

"Manakala di mahkamah syariah pula, saya tidak mahu mendedahkan ia berkenaan apa," ujarnya.

Sementara itu, Jebat memberitahu dia kini sedang sibuk mengurus menyiapkan filem terakhir bapanya iaitu Pasir Salak yang tidak sempat disiapkan.


Jebat berkata, ketika ini dia sedang mengolah skrip filem tersebut agar ia lebih sesuai dengan zaman sekarang.

"Berkemungkinan satu atau dua tahun lagi akan mulakan penggambaran. Ketika ini kita sedang kemas kini skrip untuk pastikan ia sesuai dengan zaman sekarang," ujarnya.

Sebelum ini, media melaporkan anak seorang seniman tersohor giat mencari mangsa dari golongan rakan dan juga penggiat seni untuk meminjam duit.

Lebih teruk lagi apabila anak seniman itu enggan membayar semula hutang yang telah dipinjamnya sebelum ini selain dia didakwa pernah menjual harta peninggalan bapanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pocongkiutss 28-11-2023 11:59 PM
Ni anak dgn bini baru la ye? Iols percaya je gosip tu
Quote Buritan 29-11-2023 04:34 AM
Anak jins yg pilot tuu muka siap.. yg lain tmbh yg bini baru nii mukaaa cammmmm .............
Quote liyamariska 29-11-2023 05:55 AM
kalu tak silap ada jer citer2 negatif pasal anak Jins Shamsudin nih dlm bod gossip nih..
Quote Kentot_Wangi 29-11-2023 06:14 AM
Arwah jins shamsudin ni handsome kot masa mude2. Xda ke anak2 ikot muke dia? Huhu
Quote 3chanceno 29-11-2023 07:13 AM
Anak dia nie pengalaman dlm berlakon pun takde, nak olah skrip apaknya pulak  Dengar boleh percaya hhhhmmmmmm.....

Pasal harta nie, kalau diuruskan tak mengikut lunas2 Islam,  di dunia boleh lepas, akhirat sendiri jawab

Quote exclusive_vvip 29-11-2023 08:27 AM
Buritan replied at 29-11-2023 04:34 AM
Anak jins yg pilot tuu muka siap.. yg lain tmbh yg bini baru nii mukaaa cammmmm .............

anak sulung Allahyarham,nama Jeffri Zain, tu paling hensem..ikut muka dia sebijik..i penah tgk YouTube Ogy Ahmad Daud..dia citer, Allahyarham TSJ penah nak kenenkan Jeffri tu dgn Ogy..Ogy sendiri cakap Jeffri tu hensem giler, tapi bukan jenis bercakap.. x sesuai la ngan hakak Ogy yg mulut banyak tu agaknya
Quote apech 29-11-2023 08:34 AM
lembamnya muka dia....
Quote aemon 29-11-2023 08:37 AM
Kentot_Wangi replied at 29-11-2023 06:14 AM
Arwah jins shamsudin ni handsome kot masa mude2. Xda ke anak2 ikot muke dia? Huhu

Jepri jain chuols masa muda2 muka mcm bpk dia
Quote salimrock 29-11-2023 09:46 AM
arwah jins samsudin ni kira mcm james bond melayu , cerita dia dulu ada ala2 james bond 70's 80s

Quote She-Ra 29-11-2023 10:04 AM
exclusive_vvip replied at 29-11-2023 08:27 AM
anak sulung Allahyarham,nama Jeffri Zain, tu paling hensem..ikut muka dia sebijik..i penah tgk You ...

agak agak kalau google ada tak?
tak ingat pernah nampak ke muka dak jepri zain tu.. kalau mcm apaknya mmg hensem la
Quote isbritneybich 29-11-2023 10:15 AM
berdasarkan jawapan tu...kira betul lah
Quote black_handbag 29-11-2023 10:23 AM
dah tua2 meminjam duit org. takde duit sgt ke ko dik? mesti takde duit sbb kalau ada duit biasanya takkan meminjam duit org
Quote Burong_Hantuk 29-11-2023 10:25 AM
2nd wife arwah

Quote prettyuglybabe 29-11-2023 10:56 AM
entah kenapa i pun macam percaya je gossip
Quote Kentot_Wangi 29-11-2023 11:27 AM
aemon replied at 29-11-2023 08:37 AM
Jepri jain chuols masa muda2 muka mcm bpk dia

Ooo.. Yg fight saman tu yg mana satu eh? Yg ni ke?
Quote fatimahmarkonah 29-11-2023 11:28 AM
Kentot_Wangi replied at 29-11-2023 11:27 AM
Ooo.. Yg fight saman tu yg mana satu eh? Yg ni ke?

Yg fight tu pilot. Tp dia skali la fight utk yg abg dia dkt spore tu lawan dgn adik yg ni
Quote edoraixora 29-11-2023 11:36 AM
Edited by edoraixora at 29-11-2023 03:36 PM

Arwah 3x kawin kan...
Bini 1, anak-Jeffri zain
Bini 2, anak-Tuah
Bini 3, anak-Jebat & Nadim

Dah 6 tahun ayah meninggal, takkan tak siap2 lagi skripnya..
Saje je bawak nama ayah kan, nak gain sympathy/support orang
Tanah bapak ko pun bolot adik beradik ko je, abes dah ke rete bapak ko, sampai berhutang sana sini
Quote jambatannetizen 29-11-2023 02:07 PM
salimrock replied at 29-11-2023 09:46 AM
arwah jins samsudin ni kira mcm james bond melayu , cerita dia dulu ada ala2 james bond 70's 80s

...

Arwah Jins samsuddin dulu2 handsome kan. rasa kalau waktu muda heols ada sekarang ini, mesti laku keras
Quote jambatannetizen 29-11-2023 02:09 PM
exclusive_vvip replied at 29-11-2023 08:27 AM
anak sulung Allahyarham,nama Jeffri Zain, tu paling hensem..ikut muka dia sebijik..i penah tgk You ...

Anak sulung heols ada baya2 ogy ke? Mcm lagi muda je. Tepek muka anak sulung itu.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.061867 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top