Tular di platform X, seorang individu mengiklankan tawaran untuk orang ramai melakukan hubungan seks dengan isterinya. Lebih menjijikkan, isteri kepada individu tersebut sedang hamil dua bulan selain menyenaraikan harga untuk aksi spesifik yang ingin dilakukan pelanggan ketika melakukan hubungan seks.
Menerusi tangkap layar tular, pemilik akaun yang mendakwa dirinya berbangsa Melayu mendedahkan isterinya kini sedang hamil dua bulan. "Ha nak m**n dengan bini aku, tengah pregnant dua bulan. Body petite. RM350 menggunakan kondom, RM550 tanpa kondom. Deposit wajib RM50. "Wajib bagi aku tengok. Tak dibenarkan seks luar tabii, tak dibenarkan seks secara ganas. Untuk Melayu sahaja," ujar pemilik akaun itu. Pemilik akaun swinger yang sering dikaitkan dengan aktiviti bertukar-tukar pasangan itu turut mendedahkan isterinya berumur 27 tahun, manakala dirinya berusia 28 tahun. Dia turut memberi butiran lain seperti berat badan serta ketinggian isterinya. Seorang individu turut memberi respons kepada ciapan itu, seolah-olah berminat untuk mendapatkan perkhidmatan berkenaan. Susulan penularan berkenaan, seorang pengguna membuat posting menyeru pihak Polis Diraja Malaysia dan Menteri Komunikasi Dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil untuk mengambil tindakan. Akaun milik lelaki yang mengiklankan isterinya itu mempunyai lebih 10,000 pengikut. Akaun X yang didaftarkan pada November 2013 itu bagaimanapun diletakkan dalam mod privasi dan kini tidak boleh diakses individu bukan pengikut. Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman X turut menyelar tindakan pasangan itu yang terang-terangan melanggar hukum Islam serta undang-undang negara. Sumber: mStar, Gempak |
Sazreena replied at 28-11-2023 05:08 PM
Aku harap baby tu gugur. Ye jahat doa aku ni. Biarlah baby tu duduk kat syurga daripada dapat parent ...