CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Buntu Duit Simpanan Hanya Ada RM100- Berhenti Kerja Nak Jaga Anak Hidap Leukemia, Isteri Sarat Hamil 8 Bulan

28-11-2023 09:44 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4892| Komen: 54

PONTIAN –Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun disahkan menghidap leukemia pada Oktober lalu.

Lebih menyedihkan apabila Muhammad Syed Adha Syed Ridzuan kini tidak mampu lagi bergerak aktif seperti biasa.


Menurut bapanya, Syed Ridzuan Hussein, 28, anak sulung daripada dua beradik itu dikesan mempunyai masalah kesihatan selepas kerap demam sebelum dirujuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru.


Foto: Kosmo

“Anak dimasukkan ke ICU selama empat hari dan doktor mengesahkan dia ada leukemia.

“Selepas anak saya disahkan menghidap leukimia, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai mekanik untuk menjaganya,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di Parit Keroma, Ayer Baloi di sini.

Syed Ridzuan berkata, sejak berhenti pada Oktober lalu, dia dan keluarga hilang punca pendapatan menyebabkan duit simpanannya kini tinggal RM100.


“Itu sahaja duit yang kami ada untuk bertahan hidup, nak ke HSI pun kena keluar belanja RM200,” katanya yang kini turut menjaga isterinya, Norhasfarina Dris, 32, yang sarat mengandung lapan bulan.

Ujarnya, kesempitan hidup yang menghimpit mereka seke­luar­ga telah dirujuk ke Baitumal Pontian dan pihak Baitumal memberikan sumbangan seba­nyak RM300 sekali one-off

Katanya, dia cuba untuk bekerja semula bagi mendapatkan pendapatan, namun penyakit anaknya memerlukan perhatian dan jika mempunyai tanda-tanda demam perlu dibawa segera ke HSI.

Menurut Syed Ridzuan, dia juga mempunyai seorang anak perempuan Nur Syifa berusia 3 tahun yang juga memerlukan perbelanjaan selain bayaran rumah sewa sebanyak RM350 sebulan.

Dalam pada itu, orang ramai yang ­ingin membantu keluarga ini boleh menghubungi Syed Ridzuan Hussein di talian 011-60553063 atau me­nyalurkan sumbangan ke akaun Bank Islam (01108020267295) atas nama Norhasfarina Dris. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 28-11-2023 09:45 AM
kesiannyee
Quote B40tastePosh 28-11-2023 10:27 AM
Kesian kecik lagi dah kena tanggung penyakit sebegini.

Leukemia ni ada research kata kena minum cuka tebu.
Quote VespaSilbe 28-11-2023 10:34 AM
Nak kecam nampak cam tak berperikemanusian... Tapi tetap la nak kecam.. binik ngandung tak boleh jaga meh.. kalau beranak tetap lah kena jaga anak tu.. daripada tak da langsung sumber pendapatan..  geleng kepala baca
Quote Themilo 28-11-2023 10:37 AM
VespaSilbe replied at 28-11-2023 02:34 AM
Nak kecam nampak cam tak berperikemanusian... Tapi tetap la nak kecam.. binik ngandung tak boleh jag ...

sama la. doakan yang baik-baik je la.
Quote VespaSilbe 28-11-2023 10:40 AM
Themilo replied at 28-11-2023 10:37 AM
sama la. doakan yang baik-baik je la.

Laki bini malas..
Quote elnor_81 28-11-2023 10:47 AM
Ptt bini jge anak..laki teruslah bekerja... Org lain mengandung 9bln pun blh keje. Xkn ko xleh jge anak kt umah. Klo anak demam...bgtau laki. Ntah laa..xtau aku nk ckp ape org cmni.
Quote Decaffeinated 28-11-2023 10:48 AM
Berhenti kerja hanya dibenarkan bila dah tiada mulut untuk disuap dik. Selagi ko perlu beli beras, ko wajib kerja. Titik.

Quote Thunderclouds 28-11-2023 10:53 AM
Xtau nk ckp apa lar.
Mebi dia pikir lg mudah gamaknya kalo benti keja & harap ehsan org utk hidup.
Aku peknen leh p keja, urus umah, urus ank² AND ulang alik sepital bminggu² waktu laki aku warded.
I was in my 30s time tuh.
Xkirija lg sakit kepala wehhhhhhhh..........
Si bapak baruuuuuuu 28.
Haihhhhhh
Quote Cyempaka 28-11-2023 11:12 AM
buat grab boleh kot.. tak terikat dengan masa. pastu nape bini mengandung 8 bulan pun kena jaga? org lain dalam pantang pun ada yg sendiri2 je.. nak buat macamana desakan hidup
Quote dua_chzy 28-11-2023 11:15 AM
Meh la derma. Mana la tau dia boleh guna duit tu untuk bisnes2...
Quote VespaSilbe 28-11-2023 11:23 AM
Cyempaka replied at 28-11-2023 11:12 AM
buat grab boleh kot.. tak terikat dengan masa. pastu nape bini mengandung 8 bulan pun kena jaga? org ...

Jadi mekanik pun ok dah.. tauke kedai repair kereta banyak mengeluh cari org susah.. ada tu bagi gaji 3k nett pun org tamau kijo.. kalau tempat laki aku silap2 pangkat mekanik anak boleh masuk gleneagles
Quote ezacbee 28-11-2023 11:35 AM
Mungkin byk amik cuti ke hospital.

Klo xde kerja camne nak sara hidup. Ketua keluarga tp xbekerja.. Parah doooh

Anak berderet..
Quote zuriey 28-11-2023 11:43 AM
Yihh kondom free je dkt klinik kesihatan
Malu ke nak p ambik
Quote MisXoXo 28-11-2023 12:07 PM
Pontian grab sendu.byk keta sapu ja
Quote gigahertz 28-11-2023 12:31 PM
VespaSilbe: Nak kecam nampak cam tak berperikemanusian... Tapi tetap la nak kecam.. binik ngandung tak boleh jaga meh.. kalau beranak tetap lah kena jaga anak tu. ...

yang i tak paham . anak first dah problem. yang second tu i tak tahu la yang third
tu macma mana ada dalam perut ? i ni xde la berpendidikan tinggi tapi kita hidup
jangan nyusahkan orang kiri kanan dan adik beradik. dah tahu anak 1st tu ada sakit
pastu beranak lagi.
Quote gigahertz 28-11-2023 12:39 PM
Thunderclouds replied at 28-11-2023 02:53 AM
Xtau nk ckp apa lar.
Mebi dia pikir lg mudah gamaknya kalo benti keja & harap ehsan org utk hidup.
...

actuallly i hairan sebab lately banyak kes macma nimak bapak sihat tapi anak sakit.
adakah ketika ngandung 1st si isteri ada consume apa
pil atau vitamin timbang kati dengan harapan anak jadi pandai
atau anak jadi bijak ?

sebab dia kata anak 1st leukemia. anak 2nd unknown 3rd remaining.
Quote VespaSilbe 28-11-2023 12:54 PM
gigahertz replied at 28-11-2023 12:39 PM
actuallly i hairan sebab lately banyak kes macma nimak bapak sihat tapi anak sakit.
adakah ketika  ...

Chouls.. time mengandung boleh ke pakai product skincare walaupun premium.. masa meols peknen dulu nak beli Clinique salesgal tu tak bagi yach.. dia kata tak sayang kat anak ui dalam perut ke.. dia suruh pakai hat beshe2 je.. tatau le sebab tu ke apa..
Quote ninja boy 28-11-2023 12:57 PM
Kawan ai asik rokok vape vape depan muka org hujung2 anak asma dan sakit2 aja, jaga la kesihatan diri dan org keliling juga mknn yg dimakan mknn original bykan sayur kurangkan mkn sosej meggi air manis
Quote mejaputih 28-11-2023 01:45 PM
gigahertz replied at 28-11-2023 12:31 PM
yang i tak paham . anak first dah problem. yang second tu i tak tahu la yang third
tu macma mana a ...

rasanya anak 1st baru detected kena leukimia ni...

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.056313 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top