CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Masih Kekok Hidup Dalam Dunia Glamour, Haqiem Rusli Jengkel Orang Tanya Tentang Anak

28-11-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3101| Komen: 21

Walaupun dah dua tahun berkahwin, isteri Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea masih kekok menyesuaikan diri dengan kehidupan dikelilingi peminat.

Haqiem, berkata, perhatian diberikan peminat terhadap setiap gerak-geri mereka adalah sesuatu baharu dan menjadi tugasnya melindungi Sofea.


Foto: IG

"Dalam tempoh dua tahun ini apa yang kami lalui agak mencabar. Mungkin saya sudah biasa mendapat perhatian tetapi bukan isteri saya.

"Jadi saya selalu beritahu diri sebagai suami saya akan sentiasa menjadi pelindung dalam hubungan kami," katanya kepada mStar.



Pasangan ini baru sahaja menyambut ulang tahun kedua mereka pada 19 November lalu.

Dalam pada itu, Haqiem berkata, mereka juga tidak terlepas daripada kecaman apabila ramai kurang senang melihat kebahagiaan dikecapi.

Malah Haqiem turut dikritik hebat susulan tindakan Sofea yang tidak lagi memakai tudung baru-baru ini.



"Kalau ada yang bercakap buruk tentang kami di sosial media kami tidak pernah ambil peduli. Saya biarkan sahaja apa mereka nak kata.

"Bagi saya selagi tiada tindakan berbentuk fizikal atau mengeluarkan kata-kata kesat secara bersemuka, ia bukan satu masalah besar," ujarnya.

Di sebalik setiap kata-kata buruk yang dilemparkan, Haqiem dilihat cukup matang mempertahankan isterinya itu.



Dalam masa sama pasangan ini juga tidak terlepas dari soalan orang keliling yang sering bertanya tentang zuriat.

Akui ia sedikit menjengkelkan, Haqiem bagaimanapun berterima kasih atas setiap doa agar mereka segara dikurniakan cahaya mata.



"Isteri saya pun tidak pernah terasa hati apabila ramai yang bertanya tentang anak. Cuam kami rasa agak sedikit mengjengkelkan apabila banyak kali bertanya perkara sama.

"Terima kasih yang bertanya kerana kami percaya itu tanda prihatin dan doa mereka," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote miss_strangers 28-11-2023 09:13 AM
Biasele tu...marhaen pon kena Tanya soklan camtu inikan pulak ko laki bini ..retiss glemer khueenn
Quote tuntasha 28-11-2023 09:18 AM
Edited by tuntasha at 28-11-2023 09:22 AM

Takde maknanya minik ko tu kekok. Dia ingat netizen,fans dia lupa ke masa dia belum kawin minik dia lah yg paling sakai tergedek gedek.Pakai baju jaket ke apa ,spec laki dia sambil terjelir lidah, show off kat ig story.Bikin panas kat fan club dia.netizen tak goblok macam kau lah.Syok sendirik.
Quote sukanyanyi 28-11-2023 09:32 AM
ni iols jujur nak tau...fans heols masih minatkah dia? diorang cemburu nggak dia kawin? ada ke yg dah unfollow sbb jeles? ke diorang ni yg tukang jd pengkritik tetap anes ni? kot la bitter sbb jeles.
Quote MisXoXo 28-11-2023 09:40 AM
Bini dia ni nak bebas ajaaaaa..muda lagiii
Quote brown_pupil 28-11-2023 09:46 AM
glamer ke dia org ni?
Quote margo20 28-11-2023 10:10 AM
Yela lama lama esok takde anak jgn mntk netizen doa pulak
Quote gadis_tulip 28-11-2023 10:16 AM
Buruknye la retis2/influenza buat gigi/crown. Lain naw sangat.
Quote kalchi 28-11-2023 10:16 AM
Anis ni mmg nampak sgt muda. Syg tul awl awl kne commit. Enjoy la dlu idup tu
Quote menjad 28-11-2023 10:21 AM
umur muda lagi... hidup berdua dahulu dah muak boleh beranak dapat sepasang dah cukuplah. kang meroyan macam si rose tu pulak kang.
Quote sukanyanyi 28-11-2023 10:29 AM
kalchi replied at 28-11-2023 10:16 AM
Anis ni mmg nampak sgt muda. Syg tul awl awl kne commit. Enjoy la dlu idup tu

iols rasa, dulu mungkin rasa rugi kalo tak terima lamaran dik qiqi sbb heols kan retis paling popular waktu tu, penyanyi lelaki paling popular waktu tu. skrg nampak mcm dah turun...tapi minik kena stay lah, baru nampak ikhlas kawen sbb chenta, bukan uwang atau popularitas.
Quote IvyGorgon 28-11-2023 10:32 AM
Cop! Glamer ke kau tu? Hmmm
Quote aemon 28-11-2023 10:43 AM
sebenarnya binik dia ni x nmpk ikhlas pun dgn dak kim.dia nk jadi kan ko batu loncatan utk glemer je.sbb kalau dia ikhlas dia mesti jaga dak kim baik2.bukannya nk ke arah sun sun.sabar la dak kim.moga2 kekal rumah tangga tu.
Quote opie5662 28-11-2023 11:33 AM
Kalau mcm tu gi jadi rider grab je la. Takyah sibuk jadi retis suam2 kuku
Quote KamikuP 28-11-2023 12:45 PM
moga tak jadi mcm mawar pengakhiran nnti - gitu meolls berkata negatif sokmo
Quote sukanyanyi 28-11-2023 02:11 PM
yang sebenarnya deyols ni mengamalkan perancangan keluargakah? sbb lepas nikah dulu cakap belum redi kan. sebok plak iols..haha.
Quote I.K.A888990 28-11-2023 02:19 PM
"kekok hidup dlm dunia glamour "
okaaaayyyyy kak rose
Quote LadyCarefree 28-11-2023 02:28 PM
tuntasha replied at 28-11-2023 08:18 AM
Takde maknanya minik ko tu kekok. Dia ingat netizen,fans dia lupa ke masa dia belum kawin minik dia  ...

Jangan lupa tergedik nak menyanyi masa show lakinya. Qkp ni pun ingat dia femes mcm Justin Bieber kah?
Quote tuntasha 28-11-2023 06:28 PM
LadyCarefree replied at 28-11-2023 02:28 PM
Jangan lupa tergedik nak menyanyi masa show lakinya. Qkp ni pun ingat dia femes mcm Justin Bieber  ...

Laki bini sama bengap.
Quote maroon_nerd 28-11-2023 06:29 PM
Kekok ke? Macam tak je gayanya. Lebih dari kau yang retis je dia.

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.248145 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top