Majlis persandingan penyanyi popular, Nabila Razali dan suaminya, Nik Iruwan Nik Izani yang berlangsung di sebuah hotel di Damansara, di sini, mencuri tumpuan ramai apabila penyanyi itu diarak dengan menaiki tandu.
Diarak dengan tandu sejauh kira-kira 100 meter sambil disaksikan 250 tetamu yang hadir dengan berpakaian tradisional batik, Nabila memasuki ruang dewan dengan penuh senyuman di wajah. Majlis persandingan bertemakan Batik Jawa itu dimulakan dengan perarakan masuk pengantin lelaki yang mengenakan baju jawa berwarna putih. Nabila pula anggun dengan kebaya Jawa tradisional sekali gus menyerlahkan keanggunan pelantun yang popular dengan Peluang Kedua.
|
Suchi replied at 27-11-2023 07:03 AM
Dia org jawa ker?
Laki mcm org kelate je
bedahmenjuyah replied at 27-11-2023 07:22 AM
Rendah betul lakinya. Even duduk nampak la dia lg rendah.bukan la ukuran kebahagian tp sbb nabila ni ...
ADVERTISEMENT