Penyanyi Nourul Depp memutuskan untuk tidak lagi memperkatakan tentang isu persengketaan dengan puteri sulungnya, Ayu Nazirah, 25. Nourul atau nama lengkapnya, Noorulhuda Abdul Wahab, 46, ketika ditemui HibGlam semalam berkata, pendekatan itu diambil bagi mengelak salah faham netizen.
“Saya tidak mahu bercakap lagi tentang hal ini. Tutup rapat, ikat tepi dan buang. Cukup, perkara ini tidak mendatangkan kebaikan kepada pihak sebelah sana (Ayu) dan juga saya. “Saya tidak mahu orang yang tidak faham meninggalkan komen yang bukan-bukan. Jadi saya mahu hentikan. Dia pun sudah ada kehidupan sendiri, begitu juga saya,” katanya. Diminta mengulas kenyataan komposer Ajai yang memaklumkan hubungannya dengan puteri mereka sudah kembali jernih, Nourul berkata itu hanyalah pendapat bekas suaminya itu. “Saya ada tengok video komen Ajai dan mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri sebab ada perkara yang dia katakan itu betul, ada juga yang tidak betul. “Jadi, saya tidak mahu komen apa-apa. Itu pendapat dia (Ajai). Nanti jadi benda lain dan berpanjangan,” ujarnya.
Pada masa sama, penyanyi itu yang ditemui selepas program Firetalk And Showcase With Nourul Depp di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur, semalam berkata, sebagai ibu bapa, anak-anak tidak semestinya menjadi hak mutlak mereka. “Anak-anak tidak semestinya hak multak kita. Mereka ada hak untuk melakukan apa sahaja. Selebihnya saya tidak mahu komen apa-apa. “Apa pun, terima kasih kerana mendoakan yang baik-baik. Terima kasih kerana merasai apa yang saya rasa, memberi sokongan dan kasih sayang kepada saya,” katanya. Sumber: HibGlam
|
kotakominami replied at 26-11-2023 01:36 PM
Tajuk atas tu tuko ler....buat salah paham...dia ckp anak bukan hak mutlak ibu bapa....
ADVERTISEMENT