CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ernie Zakri Mohon Maaf Salah Lirik Ketika Nyanyi Lagu Dawai

25-11-2023 08:42 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6542| Komen: 16

Penyanyi, Ernie Zakri tampil memohon maaf atas kesilapan yang dilakukan ketika menyanyikan lagu Dawai pada malam konsert Patah Hati 3.0 yang berlangsung Khamis lalu.

Kata penyanyi itu, dia sedar akan kesilapannya itu dan berjanji tidak akan mengulanginya selain akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.



"Saya ada baca komen tanya kenapa salah lirik. Saya tahu ramai peminat lagu Dawai jadi saya memohon maaf.

"Saya mengaku salah saya," katanya.

Ernie mengulas perkara itu dalam siaran langsung di media sosialnya menjawab pertanyaan yang diajukan kepadanya.

Kata Ernie, pada minggu konsert tersebut, dia sedikit sibuk namun tetap mencari masa untuk menghafal lirik kerana dimaklumkan prompter tidak disediakan.


Ketika sesi latihan dijalankan, tidak ada kesilapan yang berlaku namun semuanya meleset ketika berada di pentas mempersembahkan lagu berkenaan di hadapan penonton.

"Sejujurnya, ketika pihak penganjur memberikan saya tugas untuk menyanyikan lagu Dawai, saya tak sempat dengar betul-betul lagu tu.

"Saya memang tahu korus sebab selalu tengok di TikTok tapi tak tahu lirik dari awal. Maksudnya, saya tak familiar sangat lagu ini cuma tahu bahagian korus saja.

"Tapi, saya hafal sebab saya tahu tak ada prompter. Masa latihan saya sangat yakin tapi bila dah menyanyi dan menghayati sampai rasa seronok, saya lupa lirik.

"Ia normal dan terjadi pada saya," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote beta_carotene 26-11-2023 10:25 AM
masalahnya yg salah lirik tu bahagian chorus
xpe la dek, benda dah jadi
pondan2 ernienators kekal menjunjungmu
Quote orkid_amani 26-11-2023 10:36 AM
Mcm penah dengaq jaa melody nya.. rupanya tiru lenggok matahari Agnes Monica
Quote hyie 26-11-2023 03:35 PM
overrated lah lagu ni. Yang cover lagu ni kebanyakannya takda soul macam penyanyi asal. Btw, apa maksud dawai dalam lagu ni?
Quote zallama 26-11-2023 05:07 PM
hyie replied at 26-11-2023 03:35 PM
overrated lah lagu ni. Yang cover lagu ni kebanyakannya takda soul macam penyanyi asal. Btw, apa mak ...

Dawai tu gitar
Quote DeLuna85 26-11-2023 11:33 PM
Penyanyi asal nyanyi rilek je. Yang cover semua mcm nak putus urat leher masing2 nak tunjuk suara terpaling tinggi.
Quote gerbera.memopad 26-11-2023 11:52 PM
Aku je ke dengar lagu ni tak best? Overrated.
Quote I.K.A888990 27-11-2023 12:00 AM
semua yg cover lagu ni sedap2 je
tapi penyanyi asal nyanyi lagu ni mmg lain dia punya feel..lain mcm sedap dia
Quote September14 27-11-2023 12:06 AM
Plg mnyampah amar ke sapa ke nama yg ponen tu cover kepit3

Lpstu tu pukis2 duk puji la plg sedap.. sedap apa nyah kepit mcmtu… lpstu siap puji lg ensem.. ya ampun lowtaste nya pukis msia
Quote amarakasih 27-11-2023 01:29 AM
DeLuna85 replied at 26-11-2023 11:33 PM
Penyanyi asal nyanyi rilek je. Yang cover semua mcm nak putus urat leher masing2 nak tunjuk suara te ...

Nak tunjuk terpaling pekik
Quote Suchi 27-11-2023 07:07 AM
hyie replied at 26-11-2023 03:35 PM
overrated lah lagu ni. Yang cover lagu ni kebanyakannya takda soul macam penyanyi asal. Btw, apa mak ...

Naik bosan dengar
Janganla dah suh org cover ke
Nyanyi dlm pertandingan ke apa
Lagu biasa2 je pun, penyanyi yg nyanyi pun tak dikenali sgt

Cuma meletop sejak lagu ni jelah sblm tu mmg who r yus sgt
Quote prince_marhaen 27-11-2023 10:22 AM
September14 replied at 27-11-2023 12:06 AM
Plg mnyampah amar ke sapa ke nama yg ponen tu cover kepit3

Lpstu tu pukis2 duk puji la plg sedap..  ...

Amsyar ke? hahahahahahahaha pukis2 ramai kinky nak berlakikan ponen...
yang cover muka berjambang gigi mancung sikit tu pun sama, pukis2 semua kata "wowwwww bestnya cover male version suara jantan!!!",
nok...... suara dia lagi nonok daripada suara pompuan ye... suara macam ponen kena tutuh ye.. apoooo taste pukis2 tiktok ye..


Quote husie91 27-11-2023 01:06 PM
  Yang paling tak tahan tu tukang backup di kepit tu.. katanya anugerah and bakat dari tuhan.. seriusly,., sungguh tak normal telinga and taste budak2 sekarang.. iols kalau keluar dak kepit tu cepat2 tekan not interested [em:7:]
Quote KamikuP 27-11-2023 04:22 PM
Hanya Sharifah Zarina yg layak nyanyi lagu ni sampai langit ke 7 peginye.. ekekekekek
Quote miss_strangers 27-11-2023 06:51 PM
Soothing betul suara Ernie...bakal pengganti toklipis
Quote miss_strangers 28-11-2023 09:59 AM
Buruk betul baju Ernie mujur suara shedap
Quote sukanyanyi 28-11-2023 05:58 PM
miss_strangers replied at 28-11-2023 09:59 AM
Buruk betul baju Ernie mujur suara shedap

chuol rasa mcmtu ke? bukan ke ramai kata fesyen sheol slay.. n sheol pun siap ckp fesyennya mmg slay sejak freehair lagi (mungkin dlm nada bergurau). iol rasa fesyen penyanyi berhijab bila naik stage mmg semua jadi pelik sbb tudung dah tak serupa tudung. sbb nak kena wow kan, mana bole pakai mcm marhaen jalan2 kat mall.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.209042 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top