Usahawan Raf Yaakob berharap semua pihak berhenti membuat spekulasi dan menyebarkan perkara tidak benar susulan keretakan rumah tangganya. Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob 38, berkata setiap insan harus berpegang pada takdir.
"Selamat pagi semua. Saya berpendapat lebih baik berhenti menyebarkan sebarang spekulasi, kebencian dan perkara negatif dalam apa jua aspek. "Kita berpegang semula pada rukun iman keenam iaitu percaya kepada qada dan qadar. Ia membawa maksud kepada berpegang kepada takdir. "Seseorang itu mesti yakin dan percaya bahawa segala yang berlaku dalam alam ini semuanya ketentuan dan ketetapan Allah SWT. "Sebagai manusia kita hanya pasrah dan reda kerana Allah SWT lebih mengetahui semuanya," tulis Raf. Spekulasi pergolakan rumah tangga pasangan itu timbul selepas Mawar membuat keputusan tidak lagi berhijab, awal bulan lalu.
Menguatkan lagi dakwaan apabila Mawar dilihat memadam gambar bersama suaminya. Difahamkan, mereka sepatutnya hadir ke mahkamah syariah, baru-baru ini. Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan. Raf sebelum ini pernah berkahwin dan memiliki dua cahaya mata menerusi perkahwinan terdahulu. Sumber: Harian Metro
|
kalchi replied at 24-11-2023 07:38 PM
Setiap kali i baca nama anak anak drg ni i geli geleman
babynina30 replied at 25-11-2023 12:28 AM
Exbini yg 1st dh remarried kan lps onak berduri rap kne sundul dek gst dlu
babynina30 replied at 25-11-2023 12:28 AM
Exbini yg 1st dh remarried kan lps onak berduri rap kne sundul dek gst dlu
ADVERTISEMENT