CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Pemandu B*bal," Orang Ramai Terpaksa Alih Kereta Halang Laluan Bas Di KL

24-11-2023 08:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5020| Komen: 46

Tular satu video sekumpulan orang awam terpaksa mengangkat sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza yang meletakkan kenderaan sesuka hati di sebuah bahu jalan di Kuala Lumpur.

Dalam video dikongsikan di laman Telegram Info Kemalangan itu, kelihatan sebuah bas Rapid KL tidak dapat melalui jalan tersebut ekoran daripada laluan yang terlalu sempit.



Sumber yang berkongsi video tersebut mendakwa pemilik kenderaan berkenaan juga tidak muncul-muncul walaupun beberapa orang awam cuba mencarinya.

Pada masa sama, tindakan sekumpulan lelaki yang cuba mengalihkan kenderaan tersebut bagi memberi laluan kepada bas turut menerima pujian warga maya.

"Terima kasih orang baik. Nasib ada orang awam yang tolong alihkan, kalau tidak mesti sesak jalan sampai ke malam," kata Azri.


Selepas cuba dialihkan, Perodua Bezza itu akhirnya ditunda pihak berkuasa bagi mengelak jalan menjadi lebih sesak.

Untuk makluman, mana-mana individu yang gagal mematuhi peraturan parkir boleh dikenakan tindakan saman di bawah Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 atau di bawah Perintah Pengangkutan Jalan (Peruntukan Tempat Letak Kereta) mengikut bidang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang berkenaan.

Belum ada kenyataan Rapid KL berhubung insiden itu setakat ini. —CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 24-11-2023 08:39 AM
Kuat ye abang2 tu angkat kete. Respect
Quote Thunderclouds 24-11-2023 10:10 AM
Nk tkeluar buasir tgk.
Tgk je
Bukan tolong angkat
Quote ultra78 24-11-2023 10:18 AM
Skrg kan mudah sangat beli kereta. Cuba la implement max loan tenure 5 tahun sahaja. Tapi sudah tentu la pemain industri di Malaysia ni bantah sebab kacau periuk nasi mereka.Beginilah konflik di Malaysia. Minta orang naik public transport tapi pada waktu sama ada industri kereta.
Quote rospinki 24-11-2023 10:50 AM
bebal
baru satni aku dapat maki owner motor yg parking tmpt keta kt ofc..3 hari berturut2 aku perati moto tu selamba parking tmpt keta
igtkan budak2 keje ofc area sini. pagini aku nmpk lagi motor dia ada kt parking terus tanya org situ ni sapa punya motor??? itu contractor tgh buat keje..pastu diorg panggil owner..skli keluar sapa tau tak??? bangla! haaaa sekali hembus aku maki
Quote cikatilia 24-11-2023 11:00 AM
sakit hati weh kalau ko dlm bas tup2 stuck bodo2 ko lambat sbb kan kebodohan org lain..
kesian weh bas...
Quote prettyuglybabe 24-11-2023 11:18 AM
patutnya kena disertakan acara gores dan menang kat kereta tu..
baru masing-masing ada akal..
Quote makneng 24-11-2023 11:45 AM
Bezza memang berbezza bebal dia ek
Quote buapakperut 24-11-2023 12:00 PM
tak pasal2 orang sakit pinggang angkat kete. harap takde yang slipped disc
Quote nw111 24-11-2023 12:21 PM
ultra78 replied at 24-11-2023 10:18 AM
Skrg kan mudah sangat beli kereta. Cuba la implement max loan tenure 5 tahun sahaja. Tapi sudah tent ...

Takyah 5 tahun you...7 tahun pun ramai terkincit..
Quote Minami2013 24-11-2023 01:09 PM
ultra78 replied at 24-11-2023 02:18 AM
Skrg kan mudah sangat beli kereta. Cuba la implement max loan tenure 5 tahun sahaja. Tapi sudah tent ...

Bank jugak. Sebab tu yg keje bank boleh dgr dpt bonus berbelas bulan.
Quote Queenmastani 24-11-2023 02:16 PM
Aku bet owner kereta tu ada je dlm kedai mkn tu..niat mula2 nk biarkan tk sangka jadi serius untill police came..so buat2 laa mcm tk kenai kereta tu
Quote gangerina 24-11-2023 02:30 PM
ultra78 replied at 24-11-2023 10:18 AM
Skrg kan mudah sangat beli kereta. Cuba la implement max loan tenure 5 tahun sahaja. Tapi sudah tent ...

betul u cakap... conflicting policy... celaru betul, nak protect sgt tp duit berjuta yg habes dok subsid public transport tiap tahun tu takde plak yg nak question...ntah hape2...
Quote ultra78 24-11-2023 02:48 PM
gangerina replied at 24-11-2023 02:30 PM
betul u cakap... conflicting policy... celaru betul, nak protect sgt tp duit berjuta yg habes dok  ...

Negara Jepun pun ada industri kereta juga. Tapi kereta mereka tu banyak diexport ke negara lain. Di Malaysia pula duk sibuk buat kereta sendiri tapi market cuma dalam negara sahaja. Nak jual di luar negara tak laku mana.
Quote Skuau 24-11-2023 02:55 PM
ultra78 replied at 24-11-2023 10:18 AM
Skrg kan mudah sangat beli kereta. Cuba la implement max loan tenure 5 tahun sahaja. Tapi sudah tent ...

solusinya...cam PATI pung beli ayam..kita hapuskan subsidi ayam gitew..ni misti berlajor drp mat sabu ni..
Quote AkokKocik 24-11-2023 02:57 PM
Queenmastani replied at 24-11-2023 02:16 PM
Aku bet owner kereta tu ada je dlm kedai mkn tu..niat mula2 nk biarkan tk sangka jadi serius untill  ...

Haha, sama dgn kwn aku, dia sndri crita, kretanya halang laluan,dia ingat urusannya kejap je...kena tunda, akhirnya dia kena bayar rm300, mbik kau...nasib x kena rm3k.
Quote _blackbird 24-11-2023 02:59 PM
mojarean_X replied at 24-11-2023 08:39 AM
Kuat ye abang2 tu angkat kete. Respect

Kereta bezza bukan berat less 1 tan je. Average Lelaki dewasa boleh angkat 1x ganda berat sendiri. Kan ramai tu. Angkat bezza sap sap sui je
Quote venom1 24-11-2023 03:12 PM
scrap je Bezza tu.
Quote Ayda89 24-11-2023 07:28 PM
Entah2 owner pun tolong angkat sekali acah2 bukan kereta dia hahah
Quote emera 24-11-2023 07:50 PM
rospinki replied at 24-11-2023 10:50 AM
bebal
baru satni aku dapat maki owner motor yg parking tmpt keta kt ofc..3 hari berturut2 aku perat ...

Patutnya ko pancitkan tayar tu dulu.

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.082087 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top