CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Kereta Mewah Plat Singapura Dikecam Pecut Guna Laluan Kecemasan, Selamba 'Cucuk' Motor

24-11-2023 08:28 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3694| Komen: 30

Kereta mewah jenis BMW bernombor plat pendaftaran Singapura dirakam memandu laju di lorong kecemasan Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Plaza Tol Ayer Hitam, Johor pada Rabu.

Dipercayai memandu melebihi had kelajuan ditetapkan, pemandu terbabit juga didakwa sengaja mengekori rapat penunggang motosikal yang berada di lorong tersebut.


Situasi berbahaya itu berterusan apabila pemandu berkenaan kemudiannya memotong di lorong tengah sebelum sekali lagi menggunakan laluan kecemasan dan terus memecut laju ketika kejadian.




Selepas rakaman tersebut tular, rata-rata warganet menggesa agar pelaku segera ditahan pihak berkuasa kerana melanggar undang-undang jalan raya di negara ini.

"Pakai kereta mewah masuk Malaysia buat perangai, di Singapura tak boleh pandu laju tapi di sini dia lepas geram," kata Umar Zamri.

"Dia cucuk motosikal itu macam tak ada rasa serba salah, kalau nak memotong guna lorong kanan, masuk Malaysia tak tahu undang-undang lain kali jangan datang," ujar Siti Fariha.


"Dah la isi minyak kuning di negara kita, pandu laju siap potong guna lorong kecemasan lagi, memang tak ada adab pemandu Singapura ini, polis kena tangkap nombor plat semua ada," tambah Hani Maisarah.



Untuk rekod, kesalahan memandu di lorong kecemasan boleh didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1959 yang memperuntukkan denda hingga RM2,000 atau penjara hingga empat bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Namun, belum ada sebarang kenyataan polis berhubung hal itu setakat ini dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai berhampiran untuk membuat laporan. —CARI

Sumber: Majoriti

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote otai_g 24-11-2023 08:30 AM
Berani ke pihak berkuasa nak ambik tindakan? Tade punya. Sbb tu dorang naik tocang Dan drive mcm taik kat msia ni. Pihak berkuasa pun tunduk dgn dorang ni
Quote mojarean_X 24-11-2023 08:42 AM
Mmm....motor pun mmg bole guna laluan kecemasan juga ke?
Quote Kitty_catz 24-11-2023 08:42 AM
singa pork lian.. tu mesti jenih kote 2B aje
Quote SalenaGomez 24-11-2023 09:45 AM
otai_g: Berani ke pihak berkuasa nak a ...


X faham kenapa x berani ambil tindakan ??

Kalau ikut kan saman je keta tu, next masuk malaysia kena settle saman baru boleh masuk. Rasa kaedah straight forward kan.
Quote copy_paste 24-11-2023 09:51 AM
kalau mcm ni caranya blok je lah dia,bg dia sakit hati hahahha,
Quote copy_paste 24-11-2023 09:52 AM
SalenaGomez replied at 24-11-2023 09:45 AM
X faham kenapa x berani ambil tindakan ??

Kalau ikut kan saman je keta tu, next masuk malaysia k ...

golongan first class mana leh amik tindakan
Quote SalenaGomez 24-11-2023 09:53 AM
copy_paste replied at 24-11-2023 09:52 AM
golongan first class mana leh amik tindakan

Maksud ada kabel ke?
Quote shamsadis 24-11-2023 09:56 AM
warga Singapork tu berani sebab tiada tindakan. kalau kena tindakan, blacklist, mesti dia tak boleh drive lagi
Quote blue_blur 24-11-2023 09:57 AM
mojarean_X replied at 24-11-2023 08:42 AM
Mmm....motor pun mmg bole guna laluan kecemasan juga ke?

hiway plus bro... ada dua lane aja.. tu je laluan sesuai untuk motor kan... pantang kalau motor terhegeh2 kat speedlane...kalau lane kiri kena sapu lori pula...
Quote kucingitam 24-11-2023 10:02 AM
kalau keta/motor plat spork cucuk blkg kereta aku, memang kena punya..lagi slow aku bawa.. lantak kau situ..
Quote prettyuglybabe 24-11-2023 11:17 AM
SalenaGomez replied at 24-11-2023 09:45 AM
X faham kenapa x berani ambil tindakan ??

Kalau ikut kan saman je keta tu, next masuk malaysia k ...

if kaedah tu dipraktikkan, takde la leluhur sana tu berani buat hal kat sini..
ni masing-masing bukan main bawak perangai kiasu..
so rasanya law kita tu tegas tak?
Quote ifanonline 24-11-2023 11:22 AM
apek longsai ni masuk malaysia terus jadi zionis
Quote airmineral 24-11-2023 01:23 PM
perangai zionist la ni. xde tamadun punya manusia
Quote Nizleen86 24-11-2023 08:02 PM
Kena saman pun duit dia rate kali 3.5 weiiii..pakai keta besar, duit rate besar, mana tak kepala pun besar masuk sini.
Quote _blackbird 24-11-2023 08:08 PM
prettyuglybabe replied at 24-11-2023 11:17 AM
if kaedah tu dipraktikkan, takde la leluhur sana tu berani buat hal kat sini..
ni masing-masing bu ...

Ni kena tanya pihak berkuasa. Pbt suka sakau duit foreigner one of the reason they dont respect our law. Benda boleh nego kan hihihi
Quote batu kikir 24-11-2023 09:35 PM
Singaporeans are fu**ing stupid people. Moron.
Their heads are full of shit.
Quote imanjannah 24-11-2023 10:07 PM
hahha.. diaorg pun tahu penguatkuasaan kat Malaysia mcm mna..
Quote sekngucing 24-11-2023 11:00 PM
Baling batu dek..kaum barbarian seberang ni elok kita ajar cara barbarian
Quote Skuau 24-11-2023 11:25 PM
Msia...dgn rohingya,kemboja naik bot hanyut pung tada tulur....

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.058286 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top