CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Farisha Iris Berjaya Genggam Ijazah, Pesan Anak Muda Cari Ilmu Untuk Masa Depan

24-11-2023 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3310| Komen: 7

Farisha Iris bersyukur berjaya menggenggam ijazah sarjana muda dalam bidang komunikasi perhubungan awam di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor pada Khamis.

Farisha berkata sejak kecil lagi dia telah dididik oleh ibunya yang sangat mementingkan pelajaran dalam kehidupan harian.


Foto: IG

"Saya masih ingat sewaktu di sekolah menengah, ibu memberitahu saya betapa pentingnya pendidikan. Semakin hari, ia membuka mata saya.

"Saya tidak mengejar dan menggali ilmu mengikut pendapat orang lain. Saya lakukan ini semua untuk diri sendiri dan masa depan saya," katanya di Instagram.

Farisha turut meninggalkan pesanan kepada masyarakat untuk terus menimba ilmu kerana hanya pendidikan mampu menjamin masa depan yang baik.



"Cepat atau lambat, tiada siapa yang akan menjaga, membantu dan memberi makan kepada anda. Pada akhirnya, anda hanya mempunyai diri sendiri untuk bertahan.

"Sedikit nasihat untuk semua, apa sahaja yang anda impikan, sama ada ingin menjadi seorang selebriti atau usahawan, sila dapatkan pendidikan... cari dan capai sesuatu terlebih dahulu," ujarnya.

Sementara itu, Farisha turut meluahkan rasa syukur selepas lebih setahun berhempas-pulas akhirnya dia berjaya menamatkan pelajaran.



Tambah Farisha, dia juga memohon doa supaya urusan pelajarannya di peringkat Ijazah Sarjana dipermudahkan dan turut berterima kasih kepada tulang belakang yang selama ini banyak memberikan sokongan.

"Alhamdulillah syukur 2020-2022 Bachelor of Mass Communication (Hons) Public Relations, UiTM Shah Alam setelah setahun lebih, hari ini majlis konvokesyen saya.



"Saya sangat gembira dan bersyukur. Doakan semoga saya dapat menghabiskan ijazah sarjana pada 2024 ini dengan jayanya. Semoga ada daya dan semangat untuk menjalani peringkat yang seterusnya.



"Terima kasih Allah... Terima kasih Mama, Papa. Terima kasih rakan baik saya yang sentiasa ada dengan saya," katanya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuriey 24-11-2023 08:10 AM
Jgn jadi bimbo sudehhhh
Quote deebiz14 24-11-2023 09:06 AM
Good for you. Smoga sukses.
Education is just as important.
Quote I.K.A888990 24-11-2023 11:37 AM
tahniah tahniah
Quote black_handbag 24-11-2023 12:18 PM
comelnya budak ni. muka dia bujur telur
Quote rosevelvet 24-11-2023 01:00 PM
Sapa dia ni. Pelakon ke. Muka dia nmpk mahal
Quote codenamedream 24-11-2023 01:02 PM
rosevelvet replied at 24-11-2023 01:00 PM
Sapa dia ni. Pelakon ke. Muka dia nmpk mahal

Penyanyi
Pernah masuk BigStage

Skrg tgh sambung Masters..

Gitu meols tahu detail
Quote rosevelvet 24-11-2023 01:12 PM
codenamedream replied at 24-11-2023 01:02 PM
Penyanyi
Pernah masuk BigStage


Ooo. Tq. Hrp x jd retis if bijak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.326728 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top