Seorang lelaki di negeri Uttar Pradesh, India didakwa mencekik anaknya sehingga maut, gara-gara mematikan televisyen ketika dia menonton perlawanan akhir Piala Dunia Kriket di rumah. India Today melaporkan, mangsa, Deepak Nishad meminta bapanya, Ganesh Prasad, berhenti menonton perlawanan dan menyediakan makan malam.
Namun Ganesh tidak menghiraukan permintaan Deepak menyebabkan mangsa berasa marah dan mematikan televisyen. Akibatnya, pertengkaran tercetus antara dua beranak itu dan berlaku pergaduhan fizikal. Ketika kejadian, Prasad berada di bawah pengaruh alkohol. Menurut polis, Prasad mencekik anaknya menggunakan kabel pengecas mudah alih. Sebaik sahaja menyedari anaknya sudah meninggal dunia, dia melarikan diri sebelum ditahan Isnin lalu. -CARI Sumber: mStar/Indiatoday
|
ADVERTISEMENT