PETALING JAYA – Di sebalik desas-desus yang mendakwa Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid sedang sakit, Timbalan Perdana Menteri itu memuat naik gambar terbarunya dalam keadaan ceria. Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO memaklumkan beliau kini dalam tempoh berehat di atas nasihat doktor sebelum kembali bertugas.
“Alhamdulilah. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah mendoakan kesihatan saya selepas menjalani pembedahan tempoh hari. “Seperti yang dinasihatkan oleh doktor, saya dalam tempoh berehat sebelum kembali bertugas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. Beberapa hari lalu, anak sulung Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah mengesahkan bapanya dalam keadaan sihat selepas menjalani satu prosedur pembedahan baru-baru ini. Terdahulu, Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard dalam Facebooknya memaklumkan Ahmad Zahid dipercayai melakukan pembedahan membuang ketumbuhan disyaki kanser prostat.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan dan memberikan sokongan. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan serta menempatkan kita semua dalam rahmat dan kasihNya,” kata Ahmad Zahid. – CARI Sumber: Kosmo
|
asamfish replied at 24-11-2023 10:47 AM
kalau betul prostate cancer, idaklah as bad as pancreatic atau kanser2 lain, unless kalau cancerous ...
akusukaq replied at 24-11-2023 12:38 PM
Jiran aku umur dah 80, dapat kanser prostet ni dah 7 tahun. Ambik rawatan di gh je..tapi nampak m ...
bakingsoda replied at 24-11-2023 10:23 AM
ada kat fb kata kanser dah tahap 4 siap cakap dr sahkan wak ada 6 bulan je lagi, pastu ada ura2 wak ...
sharlenetexas replied at 24-11-2023 02:07 PM
Tgk2 jadi org melaka.
sharlenetexas replied at 24-11-2023 02:07 PM
Tgk2 jadi org melaka.
ADVERTISEMENT