Isteri pertama Abang Tesla iaitu Nurmajdina Jamari, memberi bayangan tentang keadaan dirinya Dia memuat naik video diiringi dengan kenyataan ringkas bertulis 'terlihat ceria padahal hampir gila' dengan memaparkan dirinya sedang berada di dalam kereta.
Foto: IG Sementara itu, ayat pada bahagian kapsyen pula bertulis: "I'm okay, i'm fine Gwenchana, teng neng neng neng." Tindakannya itu membuatkan warga maya berteka-teki mengenai luahan isi hati isteri pertama pempengaruh media sosial itu. Di ruangan komen ata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan mendoakan wanita tersebut.
"Allah ada Kak Maj. Bersandar pada dia, insyaAllah semuanya akan baik-baik saja. "Doa akak untuk awak. Semoga terus kuat, semoga Allah tiupkan malaikat kecil ke rahim Maj. "Moga Allah kirimkan rasa tenang dan kekuatan untuk melalui ujian ini,"demikian antara komen netizen. Sementara itu, Abang Tesla atau nama sebenarnya, Muhammad Kahl Iltizam Yusry dalam masa yang sama turut memuat naik satu video di akaun TikTok, memaparkan dirinya dan Nurmajdina menikmati makan malam romantis di Johor Bahru. "Isteri untuk dihargai," tulisnya pada ruangan kapsyen. Menerusi video itu, Abang Tesla turut berkongsi luahannya sebagai seorang suami yang mengamalkan poligami dan berjanji untuk memainkan peranan terbaik buat kedua-dua isterinya. -CARI Sumber: mStar
|
myakayina replied at 24-11-2023 09:53 AM
poligami tak seindah yg disangka..
Kitty_catz replied at 24-11-2023 11:05 AM
alah.. muda lagi
mintak la serai.. pi cari laki baru.. make sure berjenih sikit naaa
ADVERTISEMENT