CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zahirah MacWilson Dikecam Peraga Beg Dior

23-11-2023 09:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8612| Komen: 82

Pelakon, Zahirah MacWilson, 28, menjadi sasaran kecaman golongan netizen apabila dia didakwa tidak sensitif dengan isu Palestin-Israel yang kini menyaksikan pelbagai usaha boikot jenama-jenama produk tertentu diteruskan sebagai tindakan solidariti.


Menerusi beberapa hantaran di media sosial, Zahirah dilihat masih memuat naik hantaran yang memaparkan dirinya menggayakan barangan berjenama mewah antarabangsa termasuk Dior yang dikaitkan dengan produk Israel.


Perkara tersebut dianggap netizen sebagai satu tindakan yang tidak sensitif apalagi pada waktu ini semakin ramai artis mula cakna dan turut sama bersolidariti demi saudara Islam di Palestin.

Berikut adalah beberapa respons beberapa pengguna Instagram yang ditinggalkan di ruangan komen akaun milik Zahirah.

“Jenama ini menyokong pembunuhan beramai-ramai, awak sebenarnya mampu lakukan lebih baik daripada ini,” sugardoll.labuan.


“Sebab bukan keluarga awak, bukan anak-anak awak, bukan ibu bapa awak, bukan adik kakak awak yang dibom, diculik, dirogol, dibunuh, diseksa, sebab itu. Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai.


“Rata-rata komen sebab kontrak dah ada, itu dan ini, Tetapi kalau percaya bahawa Allah Maha Pemberi Rezeki, jihad kecil begini Allah pandang. Jangan kata ‘Allah faham situsi kita’. Moga Allah ampunkan ketidakupayaan kita semua. Sedihlah tengok selebriti Malaysia. Maaf kata-kata saya mengguris hati,” kata Lanifuad.

“Tolong sedar yang Dior menyokong pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. Kita perlu boikot produk ini walaupun akan kehilangan tawaran kerja.

“Saya tak fikir perkara ini adalah sesuai untuk dikongsikan di saat peperangan sedang berlaku apalagi mempromosikan penyokong mereka yang melakukan penindasan,” Ms Zitu.

Zahirah bagaimanapun masih berdiam diri dan tidak membuat sebarang respons mengenai kecaman yang diterimanya di media sosial.

Terdahulu, Zahirah memadamkan gambar bersama Gal Gadot sebagai tanda solidaritinya terhadap Palestin.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aemon 23-11-2023 09:26 PM
Diakan bimbo.biarlah dia..dia tengah cari rezeki tu
Quote sharlenetexas 23-11-2023 09:40 PM
Dior collection kali ni inspired by dutch lady ke amish woman? Bertutup2 tutup aurat.

Quote tulip-rain 23-11-2023 09:49 PM
Turn jahirah kena kecam. Next retis mana pulak.
Dah padam gambar dgn gal gadot pun tetap kena kecam. Kesian.
Quote Piramida 23-11-2023 09:52 PM
Tak rasa zahirah ni peduli pun...
Dia sejenis ignorance jugak kan?
Quote Incanto 23-11-2023 09:53 PM
yg komen tu kalau boifren/ laki bagi hadiah beg Dior mesti dia campak dlm tong sampah ken..kan..kan?
Quote SpyLeman 23-11-2023 09:55 PM
Alaaa...biar la diaaa...dia cari makangggg... Serentak dia ngan Schawal post Dior hari ni
Quote irvene 23-11-2023 09:57 PM
patut ko bawak n pose dgn bendera palestine sekali
Quote dudaberhias 23-11-2023 10:00 PM
masalahnya netizen yang gigih mengomen pasal sheolsss peraga beg dior tu pun hujung2 habis musim boikot theyols pun dok mentekedarah mcd jugak siap pakej langgan netflix untuk tengok jejan2 korea, kokesen herlok sambil gesel2 bagi basah gittuhh atas sofa merah...

sama2 hipokrit jah pun...

jadi lantak sheols lah... orang lain boleh pilih kasih boikot bermusim... takkan sheols pun tak boleh...

Quote kalchi 23-11-2023 11:40 PM
Hipokrit mmg ramai. Dhla hipokrit, judge pulak org lain. Zahirah ni telupa ke apa. Dah pdam gamba gal gadot takkan yg ni lupa pulak.
Quote arffa 24-11-2023 08:56 AM
Dah sign kontrak kalau breech contract adakah Nurtizen nak derma kat tabung Milo agar dapat bayar saman dari Dior kepada Zahirah.
Quote Lampuled 24-11-2023 09:08 AM
Bawa dior pegi ceramah agama la.  Cara nk turns to positive way.
Quote jambatannetizen 24-11-2023 09:19 AM
Orang Malaysia penuh hypocrite. Aku pernah naik satu bus dgn foreigner, taktau mcm mane dia tau aku org malaysia. Dengar pulak dia kata malaysia ramai org hypocrite. Alamt memang betul!

Tengok je Netizen malaysia. Tu belum gomen n media suka sangat post benda kaitan dgn agama.
Quote jemahjacjon 24-11-2023 09:28 AM
Over pulak aih. Nk boikot, boikot je la. Ni sbok perhambat org len suruh boikot.

Aku pun lama dah boikot dior ni. Rilek je tak suruh org len boikot skali. Boikoi pun sbb tak mampu beli
Quote BarbiePink 24-11-2023 09:29 AM
boudinniA replied at 24-11-2023 09:24 AM
Tapi zahirah tak kena kecam teruk pun kat forum ni.
Tengok baru berape komen 1 page pun tak lepas.
...

Retis lain uols lantak lah
Acik porum mengwhoruyuskn
Tapi kalau retis tuh fazzy ke lopak keh
Bukan setakat berpusu karat masuk
Yg acah neutral pun msuk yach
Haters lagi ler
Tuh yg double standard acik porum
Smua duk bitter retis2 terpilih jer
Quote BarbiePink 24-11-2023 09:30 AM
Lantak ler sheols pun nak cari makan
Yg mengomen pun
Ntah2 bangga jer
Bila dpt beg Dior tuh
Quote hayrin86 24-11-2023 09:33 AM
SpyLeman replied at 23-11-2023 09:55 PM
Alaaa...biar la diaaa...dia cari makangggg... Serentak dia ngan Schawal post Dior hari ni

Betul.         

Quote asudau 24-11-2023 09:40 AM
nak boikot, boikot la, tapi jangan terlampau judge orang kan..

Quote kucingitam 24-11-2023 09:48 AM
bila kena kat lofa, benak kata lofa bijak, mesti dah  study dulu sblm post gambar dgn bag dior..
Quote Paiya 24-11-2023 10:09 AM
sibuk je netizen ni

Tapi Zahirah cool ye

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.209710 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top