TORONTO, Kanada – Seorang wanita di Kanada meraih perhatian selepas iklannya untuk menyewakan separuh katil miliknya tular di internet. Saluran televisyen NDTV melaporkan, pada bulan lalu, seorang ejen hartanah Toronto, Anya Ettinger menguar-uarkan satu hantaran di laman Marketplace Facebook.
Iklan itu menunjukkan seorang individu mahu menyewakan separuh katil saiz ‘Queen’ pada harga 900 dolar Kanada (RM3,099) sebulan. “Mencari wanita tidak cerewet untuk berkongsi bilik tidur utama dan satu katil saiz Queen,” demikian menurut hantaran itu yang kini dipadamkan. Seorang pengguna media sosial yang melihat iklan tersebut berkata: “Bukan sahaja tidak masuk akal tetapi dia sedang mencari pengganti. Ini bermakna seseorang menganggap idea ini okay dan menyewa separuh katilnya.” Seorang lagi netizen memberitahu: “Ia dapat mengubat kesunyian dan itu adalah salah satu manfaatnya”.
Kos purata sewa hartanah satu bilik di Toronto adalah sekitar 2,614 dolar Kanada (RM8,939) sebulan. – AGENSI
|
ADVERTISEMENT