SEPANG – Seorang wanita warga Indonesia hampir menemui ajal selepas terjatuh dari tingkat 10 sebuah pangsapuri di Jalan Pinggiran Mas 1, Taman Mas, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian sekitar pukul 7 pagi itu, mangsa berusia 42 tahun dikatakan terjatuh dari tingkat 10 sebelum tersangkut di beranda tingkat 7 pangsapuri berkenaan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.19 pagi membabitkan mangsa yang terjatuh dari sebuah pangsapuri. Menurutnya, sebaik tiba di lokasi, pihaknya menemui seorang wanita dalam keadaan terbaring di bahagian beranda tingkat 7 bangunan itu. “Mangsa dikatakan mengalami kecederaan di bahagian pinggang. Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut,” katanya. –CARI
Sumber: Kosmo
|
B40tastePosh replied at 23-11-2023 08:56 PM
Nak bunuh diri tak menjadi..yg didapat nye sakit pinggang seumur hidup.
mejaputih replied at 23-11-2023 09:01 PM
Pastu menyusahkan staff kkm dan pihak hospital kena tanggung kos rawatan..
B40tastePosh replied at 23-11-2023 09:04 PM
Tak planning betul masa nak bunuh diri...lepastu menyemak dalam wad hospital...loser
ADVERTISEMENT