CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

85,000 Penonton Jadi Saksi, Lelaki Lamar Teman Wanita Di Konsert Coldplay

23-11-2023 04:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2928| Komen: 32

PETALING JAYA – Tular video di media sosial menyaksikan seorang lelaki melamar kekasihnya ketika menyaksikan konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.


Dalam pada itu, kira-kira 85,000 penonton yang hadir di stadium menjadi saksi momen terindah pasangan tersebut.



Menerusi perkongsian pengguna aplikasi X, Isman Kamarul, dapat dilihat lelaki tersebut melutut di hadapan teman wanitanya dan menyuakan sebentuk cincin kepada wanita itu.

Sambil tersenyum malu, wanita berkenaan mengangguk tanda dia bersetuju dan menerima lamaran kekasihnya dan akhirnya kedua mereka berpelukan.

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan adegan romantis tersebut bersorak memberi sokongan kepada pasangan terbabit.



Berlatarkan suasana konsert yang penuh dengan lampu LED ia memberi sentuhan romantis terhadap lamaran lelaki tersebut.

Terdahulu, tular juga sepasang kekasih di Indonesia melakukan adegan lamaran ketika berada di konsert Coldplay yang berlangsung di Jakarta pada 15 November lalu.

Semalam, kumpulan rock dari Britain, Coldplay berjaya menyelesaikan siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan akan menggegarkan Singapura pula selama enam hari pada Januari tahun depan.-CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 23-11-2023 05:03 PM
takde sape nk jadi saksi kau la weyhh..ada pun 10-15 orang tu pun keliling kau je yang tengok sebab ganggu orang2 nak feeling lagu kolpeliaq
Quote noor2 23-11-2023 05:07 PM
Cina ke melayu?...
Quote whimsicalmusic 23-11-2023 05:19 PM
mamajawie: takde sape nk jadi saksi kau l ...
tu la, 85,000 semua xsedar kot. yg saksi nya kt area dia je 10 org cmtu jah. headline xyah gempak sgt la
Quote pearl.silver 23-11-2023 05:21 PM
Cina kah, sabahan kah
Video secoet tu xdpt nk feeling2 pun
Quote Rogue98 23-11-2023 05:34 PM
Yg kat Indon punye lagi sweet lah...hahaha
Quote tripleid 23-11-2023 06:08 PM
Who cares
Quote Cyempaka 23-11-2023 06:12 PM
halah halah halah....
Quote Kitty_catz 23-11-2023 06:19 PM
cold pelir sungguh laaa

apa2 pun beriboo2 tania

jgn ujung2 ang simpan wahab naaaa
Quote shernazz 23-11-2023 06:25 PM
Ada yang melayu juga kan..
Quote TomyamPuteh 23-11-2023 06:38 PM
Dua ekor tu sesuai kena penerajang Jannah Nick je
Quote 3chanceno 23-11-2023 06:42 PM
Tahniah lah  dah gegar gitu, hujung2 jgn pulak tak sefahaman
Quote LadyCarefree 23-11-2023 06:58 PM
Nampak sgt2 eeeewwwwww kepamz much dedua pon. Dahlah cheapskate buat lamaran gitu.
Quote slavehunter 23-11-2023 10:37 PM
Nice. Happy for you the love birds.
Quote Tinot7 23-11-2023 10:41 PM
Tahniah....

Quote ipes2 23-11-2023 11:40 PM

sepatutnya, sy jadi penyanyi dulu tuh
Quote _kelly 23-11-2023 11:54 PM
over nyah..orang nak tengok concert, bukan nak tengok kaw
Quote liyamariska 24-11-2023 06:48 AM
yg dtg nk tgk konsert mesti ada yg berbulu dgn perangai2 hamlau yg dok gigih melamar bagai... teringat kt 2 org retis yg wat perangai camni masa persembahan kemuncak konsert utk rancangan hiburan tempatan... serious rengsa tgk adegan deme dok melamar time org nk tgk persembahan penyanyi2 masa tu...
Quote asudau 24-11-2023 07:03 AM
mengadanya ko dik, nanti dah kawin esok-esok jangan komplen tak bahagia dan tak de persefahaman gitu..
Quote VespaSilbe 24-11-2023 07:03 AM
Kat Korea kalau berdiri kat konsert dah kena halau..

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.042469 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top