Selain perubatan moden, ada sesetengah daripada kita memilih untuk mencari perubatan alternatif atau bahasa mudahnya jumpa bomoh. Seorang individu meluahkan perkara sama yang berlaku dalam keluarganya.
"Family members ai ada yang perangai macam ni. Sikit-sikit jumpa bomoh. Badan sakit-sakit, terus petik kena buatan orang.. lepas tu jumpa bomoh." Tambahnya, "Dalam rumah nampak hantu, jumpa bomoh now and then tapi masalahnya family yang lain tak pernah pulak nampak hantu yang diperkatakan." Bukan itu sahaja, disebabkan suka jumpa bomoh, duit pun banyak keluar. "Masalahnya kalau duit habis sampai nak belanja makan pun takdak, meminta-minta dengan anak-anak padahal duit yang sepatutnya boleh buat belanja makan, depa pi bayaq pengeras kat bomoh," luahnya menerusi Bod CARI Confessions.
Apa pendapat anda? -CARI |