CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

Ibu Bapa Toksik- Minta Separuh Gaji Anak-Anak, Paksa Buat Loan Dan Bayarkan Komitmen Bulanan

21-11-2023 07:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7274| Komen: 27

Description: Seorang individu mendedahkan ibu bapanya meminta lebih daripada 50 peratus gaji yang diterima, dan dalam masa yang sama memaksa dia dan adik beradik menambah komitmen bulanan seperti penapis air dan t ...
Seorang individu mendedahkan ibu bapanya meminta lebih daripada 50 peratus gaji yang diterima, dan dalam masa yang sama memaksa dia dan adik beradik menambah komitmen bulanan seperti penapis air dan telefon pintar.


“Kitorang adik beradik masing-masing dah tak tahan dengan parents kami. Kami ada yang kerja, ada yang masih sekolah, gaji RM2,500 diorang kawal dan ambil RM2,000.

“Adik I masing-masing kena paksa bagi RM1,000 seorang, gaji mereka RM1,800 je. Duit tu habis tak sampai berapa hari pun. Bukan tu je paksa ambil coway, fon loan sana sini,"luahnya di laman X.

Gambar Hiasan


Individu itu juga memberitahu ibu bapanya pernah meminta dia untuk membuat pinjaman peribadi sebanyak RM50,000.

“Haritu kena paksa private loan RM50,000 tapi I doa banyak-banyak semoga tak lulus. Alhamdulillah,” kata individu tersebut.



Keluhan itu turut mendapat perhatian ramai di mana rata-rata netizen menyuruh individu itu dan adik beradiknya keluar dari rumah.

“Keluar jelah rumah tu, dah tanggungjawab parents kot besarkan anak,” kata seorang warganet.

“Ramai-ramai keluar rumah lah. Makin teruk pula perangai sesetengah mak bapak ni,” ujar seorang lagi netizen. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 22-11-2023 09:09 AM
mak pak dari nerakewwwwww
Quote copy_paste 22-11-2023 09:19 AM
sbb tu kalau nak buat anak pk dulu,sanggup ke tak besarkan anak tu,
kalau berkira xpayah la ada anak,
ini kes nak menunjuk la kat sedara mara dan kenalan yg anak dia dah besar dan berjaya bg pulangan
Quote MissVixen 22-11-2023 09:22 AM
Sangat kesian tengok budak2 yang kena macam ni. Macam mana diorang nak bina hidup dan keluarga baru kalau duit habis bayar komitmen mak bapak? Mak bapak tu kalau dah pencen dan tua, takde pendapatan bawaklah sedar diri dan duduk je rumah murah. Ini suruhla anak tu buat loan sebab nak duduk landed. Kesian anak tu nak cari pasangan hidup untuk berkongsi perasaan pun tak mampu.
Quote green~tea 22-11-2023 09:23 AM
Depa 3 beradik tu kena berambus keluar rumah leeee

Sewa bilik dekat tpt keje... senang nak berulang bina hidup
Quote ayahibu85 22-11-2023 09:27 AM
sian..makpak tu mungkin terhimpit jugak dengan tekanan ekonomi
benda macam ni kena win win jugakla kot
sebagai anak wajib membantu orang tua, kalau gaji 2800 tinggal dengan family pulak tu, tak salah pun bagi parents tu 500 sorang so 1000.

bebudak ni kena diberi pemahaman sekarang kos sara hidup mahal

berbakti pada ibubapa tu wajib kang dah kawin lagila susah nak bantu

kalau tak bantu family ntah benda merepek meraban dibelinya - tahulah generasi stroberi hadap brand sane sini

cuma kalau parents paksa buat loan tu, tolakla cara baik. negotiate. jangan la kurang ajar sampai lari rumah bagai.
Quote green~tea 22-11-2023 09:29 AM
ayahibu85 replied at 22-11-2023 09:27 AM
sian..makpak tu mungkin terhimpit jugak dengan tekanan ekonomi
benda macam ni kena win win jugakla k ...


Gaji 2800, kasi parents 10% dalam 250-300 munasabah le

Kalo 30k baru 3k kasik.. padan le reasonable
Quote wadiunong 22-11-2023 09:33 AM
copy_paste replied at 22-11-2023 09:19 AM
sbb tu kalau nak buat anak pk dulu,sanggup ke tak besarkan anak tu,
kalau berkira xpayah la ada anak ...

agaknya mak pak mmg plan mcm tu buat anak for future investment bukan sbb amanah/ tanggungjwab. mcm Xila tu, parents groom sejak kecik untuk keja & tanggung family
Quote talapia 22-11-2023 09:33 AM
eh kau tak mampu nak beli sendiri.. kau suruh anak belikan? tak guna tol la..
kadang2 sebagai parents aku teringin jugak rumah besar... kira kalau beli sekarang.. nanti anak dah keje sambung la bayar.
Keje gila. anak tu ada tanggungjawab sendiri... besok dia kawin.. takkan dia duduk rumah tu lagi? ke dia nk dok situ.. adik beradik lain kena keluar la sbb dia sambung bayar. Gitu?

so kesimpulannya.. tak mampu buat cara tak mampu. ada rezeki lebih anak belikan.. syukur je la. tapi bukan sampai meminta2 n paksa bagi duit gaji semua.
kau yg blaja bodo.. tak dapat keje elok2.. tak jadi kaya.. suruh anak jadi kaya supaya kau bole merasa sekali?

eh senang jadi parents ek.. ada 'pencen' hari tua
Quote copy_paste 22-11-2023 09:42 AM
wadiunong replied at 22-11-2023 09:33 AM
agaknya mak pak mmg plan mcm tu buat anak for future investment bukan sbb amanah/ tanggungjwab. mc ...

ye itulah dia atas alasan budi tanpa ibu bapa siapalah kita,dah jd budaya masyarakat kita,da kewajipan plak, aku pikir kalau anak2 org kaya dan dato2 tu anak diorg bila da kerja kena bagi ke,kalau kerja kat kompani bapak plak kena potong ke gaji ,
kalau parent yg susah sgt tu lain la mmg kena bantu dari segi sekolah adik beradik,tp kalau nk tanggung gaya hidup terkini tu dah mcm melebih
Quote Catpaw 22-11-2023 09:42 AM
ayahibu85 replied at 22-11-2023 01:27 AM
sian..makpak tu mungkin terhimpit jugak dengan tekanan ekonomi
benda macam ni kena win win jugakla k ...

Tak padan gaji nak bagi hadiah sampai banyak macam tu, budak tu baru nak bina kerjaya, banyak komitmen. Tinggal 1800 je bayr kereta, minyak tol, makan, bil2 x da menyimpan la kecuali jimat betul2. Belum lagi dia topup barang makan keluar bil perubatan semua.
Quote zehra2 22-11-2023 09:46 AM
hmmm.. nak hidup senang lenang, kerja laaa.. cari duit sendiri.
baru tau bukan nya senang nak cari duit.
mak bapak yg pandai berbelanja ni.. mesti la muda lagi.. kalo dah 70an tak de nya nak shopping n cuti2 sana sini.. tulang temulang pun dah bau tanah.

ni kalo masih bawah 60.. kalo sihat, jual lah krepek sana..
anak2 baru nk mula kerja baru nk buat savings, jgn ler disusahkan.
tp kalo anak menumpang rumah mak bpk bg je la sekadar yg termampu. dah ko pun tak pandai berdikari
Quote Thunderclouds 22-11-2023 09:47 AM
Déjà vu
Tered recycle ka nehh
Quote SedihPedih 22-11-2023 12:13 PM
agaknya sebab parents mcm ni kot ada anak2 jenis mengilang diri tak balik2.
Quote midori888 22-11-2023 12:38 PM
kesian...dpt parents toxic....
Quote rospinki 22-11-2023 12:51 PM
benda2 mcmni kan..secara tak langsung buat anak2 fikir kita pun hadap duit diorg jugak. tanggunjwb tak perlu diminta2. lepas dah bagitu dia buat kita mcm tgk dia sebab nk duti..susahla mcmni. tak ikhlas jadinya. baik tkyah bagila..just go
Quote sufi^_^ 22-11-2023 01:01 PM
green~tea replied at 22-11-2023 01:29 AM
Gaji 2800, kasi parents 10% dalam 250-300 munasabah le

Kalo 30k baru 3k kasik.. padan le reasonab ...

True, kalau tekanan ekonomi ke, mak bapak miskin ke, tak perlu sampai nak letak coway kat rumah, hutang henfon, personal loan bagai.
Cukup untuk survival aje asal tak kebulur & ada tempat berteduh.
Yang anak2 stress ni aku syak sebab ambik kesempatan nak mewah2 konon2 anak2 dah bekerja dia boleh tumpang senang.
Ambik duit anak2 lebih dari keperluan ni.


Quote sufi^_^ 22-11-2023 01:03 PM
Thunderclouds replied at 22-11-2023 01:47 AM
Déjà vu
Tered recycle ka nehh

Entah, dah banyak kali isu macam ni.
Aku rasa antara yang awal yang kena bayar CC & ansuran kereta mak tu, padahal baru dapat gaji pertama.
Quote Kitty_catz 22-11-2023 01:03 PM
ko buang je la mak pak ko tu, buang kat pasorrr
Quote sufi^_^ 22-11-2023 01:04 PM
talapia replied at 22-11-2023 01:33 AM
eh kau tak mampu nak beli sendiri.. kau suruh anak belikan? tak guna tol la..
kadang2 sebagai parent ...

Sokong sangat2, orang melayu asalkan balas jasa ibubapa ni mesti dengan duit.
Padahal anak2 baru kerja gaji tak sampai 2k.

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.185737 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top