Seorang wanita dari Jawa Timur, Indonesia kecewa selepas suaminya ditangkap bersekedudukan dengan seorang pelajar institut pengajian tinggi. Tribun Medan melaporkan, semasa kejadian berlaku, suaminya hanya memakai seluar pendek manakala pelajar berkenaan mengenakan baju tidur.
"Kedua mereka tidak menjawab semasa diajukan sama ada sudah berkahwin atau belum. "Kejadian tersebut bukanlah kali pertama kerana kedua-dua mereka pernah tular melakukan perbuatan sama sebelum ini," lapornya. Rata-rata warga maya meluahkan rasa marah kepada pelajar terbabit dan suami wanita tersebut kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk ketika isteri sarat hamil. -CARI
|
ADVERTISEMENT