Seorang individu menunjukkan cenderahati makanan segera yang diperoleh semasa menghadiri sebuah kenduri kahwin. Walaupun berguna, namun ia merupakan salah satu produk atau jenama yang mempunyai kaitan dengan Israel.
Malah pada masa ini, gerakan memboikot sedang hangat dilakukan oleh masyarakat Malaysia terhadap makanan segera jenama itu. "Selamat Pengantin baru... hasil dari rumah pengantin, mungkin keluarga (pengantin) telah beli seawal sebelum kejadian (boikot),” ujarnya. Menganggap ia telah dibeli lebih awal dari kempen gerakan boikot, pelayar Facebook dilihat memuji tindakan tuan rumah dan pengantin kerana menampal pelekat yang menjelaskan situasi dialami. “Sekurang-kurangnya ada idea sticker untuk perkara dibeli sebelum (konflik Hamas Israel). “Bagi yang kisah dan memahami (situasi), akan faham... bagi yang ‘pembaris’, geleng kepala saja,” katanya.
Di ruangan komen, rata-ratanya turut beranggapan keluarga pengantin tersebut cakna dengan situasi semasa dan memahami situasi mereka yang telah membeli awal barangan jenama tersebut. “Kalau dah nikah kahwin ni mesti pihak pengantin beli awal lagi. Macam kita ni bukan berduit, jadi beli sikit-sikit. “Kita boikot jangan beli... kalau dah terbeli habiskan dulu atau sedekah rasanya tiada masalah. “Tak perlu minta maaf, yang boikot-boikot semua pun bukan jenis ada ilmu. Ikut musim macam lima tahun lepas, kalau masa kenduri tu ada yang buka mulut... kau halau mereka balik,” ujar beberapa warga maya. Tidak kurang juga yang memuji usaha mereka menampal pelekat pada setiap cenderahati bagi menjelaskan situasi dialami. “Terbaik pengantin... sensitif dengan isu boikot, gigih tampal sticker. InshaAllah, Allah tahu niat awak dan ganti rezeki lebih baik. “Faham... sebab apa, kalau pengantin tak buat memang makcik bawang akan kecoh canang satu keluarga. Tapi bagi mi segera, mahal juga. “Betul dah, takkan nak buang. Tahniah tuan rumah kerana perihatin,” tambah segelintir netizen lagi. -CARI Sumber: mStar
|
sambaldurian replied at 23-11-2023 04:24 PM
Mkn je. Kilang tu kt Malaysia xpe. Yg aku menyampah ada set2 dok video2 org Melayu g mkn mekdi. Tag ...
ADVERTISEMENT