CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aman Palestin Disyaki Seleweng Dana Awam RM70 Juta - SPRM

23-11-2023 11:44 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 20236| Komen: 265

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membeku 41 akaun dan beberapa entiti syarikat lain pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Aman Palestin berjumlah RM15,868,762 selepas didakwa menyalahgunakan wang sumbangan orang ramai.


SPRM dalam kenyataannya hari ini menjelaskan, tindakan itu diambil selepas siasatan terhadap Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) dijalankan sejak 17 Oktober lalu.


"Sebelum ini, SPRM turut menggeledah premis Aman Palestin serta memperoleh dokumen berkaitan kewangan dan pengurusan operasi bagi tempoh lima tahun terdahulu.

"Siasatan berkenaan dijalankan bagi mendapatkan keterangan berhubung kesalahan mengikut Akta SPRM 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) dan Kanun Keseksaan (Akta 574)," katanya dalam kenyataan hari ini.

SPRM turut merakam keterangan beberapa saksi penting dan hasil siasatan awal mengenal pasti beberapa isu membabitkan penyelewengan dana dianggarkan berjumlah RM70 juta yang disalurkan bagi tujuan selain daripada objektif penubuhan syarikat berkenaan.


Harian Metro sebelum ini melaporkan, siasatan SPRM terhadap dakwaan salah guna kuasa oleh NGO yang mengutip wang derma untuk rakyat Palestin tertumpu kepada penelitian dokumen membabitkan dana wang itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, ia tindakan di peringkat awal siasatan sebelum pihaknya memanggil individu yang terbabit bagi rakaman keterangan.

Sebelum ini, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menerusi surat bertarikh 24 Ogos lalu meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis (JAIPs) agar tidak membenarkan kutipan Tabung Aman Palestin dilaksanakan di premis agama Islam di negeri itu.

Beliau menyatakan keraguan terhadap pengumpulan dan pengagihan dana oleh Aman Palestin dan menuntut lebih banyak ketelusan dalam perkara berkenaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote A-Are 23-11-2023 12:08 PM
dulu kata aman alastin plg bersih sbb ada audit baga...now selewaeng jugak...udahlah ramai derma ke aman ni
Quote riyadhK 23-11-2023 12:10 PM
Dedahkan je penyelewengan mana2 NGO ni. Seronoj sgt menunggang palestin.
Quote tripleid 23-11-2023 12:19 PM
mujur tak penah tertarik nak derma kat Ngok2 claim terpaling Plastin semua  nih..tgk sop dorg pun dah tau menipu
Quote azurro 23-11-2023 12:59 PM
Aku pernah skali derma melalui FPX tp mujur tak banyak, ingat wahai pemegang amanah orang ramai, tngk duit banyak skit dah gelap mata., ingat janji Allah. Apa2 pun biar SPRM siasat dulu.
Quote dua_chzy 23-11-2023 01:06 PM
Babi betul manusia takda hati perut yang buat begini. Semoga mati dengan dahsyat la yang makan duit Aman Palestin itu. Sukor aiol tak pernah menderma sebab dah lama skeptikal.
Quote dua_chzy 23-11-2023 01:07 PM
Dari aku mula posting la kan umat Malaysia ini suka nau pungut derma untuk Palestin kat sekolah2. Hampir tiap tahun lagi pula tu, ntah sapa2 ja NGO pi letak tabung siap hada surat endorsement dari KPM. Kau bayangkan la seluruh Malaysia, dari sekolah sahaja, berapa puluh juta meka boleh dapat.
Quote zafira 23-11-2023 01:11 PM
Edited by zafira at 23-11-2023 01:12 PM

itula, baru minggu lepas husband pergi dgr ceramah agama, ustaz bagitahu kalo nak bagi derma,  aman palestin ni lah saluran yang betul...sekali ambik ko..
Quote lee_sakura 23-11-2023 01:12 PM
rasa dulu pon ada isu seleweng dana gak aman palestin ni tak ingat tahun bila
Quote sayurmayur88 23-11-2023 01:13 PM
tanggung lah kt akhirat.
Quote jazaa100 23-11-2023 01:14 PM
Duit aku ada sikit dlm tu ...
Aku bukan kaya, tapi sbb nk kumpul pahala, derma le jugak....

Quote aechae 23-11-2023 01:18 PM
Edited by aechae at 23-11-2023 01:20 PM
jazaa100 replied at 23-11-2023 01:14 PM
Duit aku ada sikit dlm tu ...
Aku bukan kaya, tapi sbb nk kumpul pahala, derma le jugak....

Donate kt MERCY je sis...bukan utk palestin aja, mcm2 ada...zakat pn boleh melalui MERCY.
Klu masa PKP dlu stiap belanja utk  covid tu ada disclose brapa byk spent kt mna2...

Tgk report audit dorg, tahun lepas byk jugak lh menurun sumbangan compare dgn tahun 2021..

Edit sket, tp sbb nama x berapa islamik kannn...org pn x promot padahal ni antara credible NGO kot. Asal nk donate msti ke nk letak nama bau2 islamik?
Quote shamsadis 23-11-2023 01:19 PM
last aku derma 15 tahun lalu, lepas ada orang tulis keraguan, terus stop, kisah 15 tahun lalu...
Quote unta2 23-11-2023 01:38 PM
harap ada yg audit f*arahr*mli exnye si ally tu yg kehulukehilir tatau keja apa tuu..
Quote She-Ra 23-11-2023 01:39 PM
bila nampak duit dh kepuk2.. bakal gelap mata
Quote kaseh80 23-11-2023 01:41 PM
Ramai org especially retis influencer yg salah guna derma dan sumbangan rakyat malaysia ni
Mcm mcm tabung ada
Be aware
Quote asamfish 23-11-2023 01:47 PM
koserrrr aku nak derma segala tabung falestin nehhhh......especially ngok2 yg guna nama isele nehhhh....mangkuk hayun belaka.....
Quote BellaThePrinces 23-11-2023 01:49 PM
FB:Aliff Ahmad yang rajin selongkar pasal Aman Palestine ni...dari sini lah acik baru tau pasal NGO2 ni....byk yg tak boleh pakai..termasuk la setat yebit
semua jenis menunggang..
Quote VespaSilbe 23-11-2023 01:50 PM
Ada Hospital Indonesia kat palestine.. tapi Hospital Malaysia tadak.. malu wei
Quote mimi_ayu 23-11-2023 02:11 PM
Rasanya dulu masa kecoh kes EL kot ada je forummer yg dedahkan aman palestine no diragui sbb xde buat audit
Iols prnh la dh lama dulu derma..lps tu dorg dok byk kali hntr message mintak derma lag .terua turn off

Lihat semua komen(265)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.072187 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top