CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Datuk Miang 'Offer' Kemewahan Pada Wanita, Sudah Diberi Amaran Tapi Masih Terus Ganggu Siap Whatsapp Video & Gambar Lucah

23-11-2023 11:40 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2384| Komen: 14

Kuala Lumpur: Ketua Pengarah sebuah agensi keselamatan bergelar Datuk yang dikaitkan dengan kes gangguan seksual terhadap seorang wanita sejak awal November lalu didakwa turut menggunakan 'umpan kemewahan' sebagai modal untuk memikat mangsa.


Sumber berkata, suspek berusia 50-an mendakwa mempunyai terlalu banyak wang ketika mangsa bertemunya buat kali pertama di pejabat suspek di Putrajaya, 17 November tahun lalu.


Malah menurutnya, suspek pernah menawarkan duit imbuhan dan bekalan projek kepada mangsa wanita berusia 39 tahun itu.

"Berdasarkan laporan polis dibuat mangsa yang bertugas sebagai penasihat kewangan di Balai Polis Seksyen 9, Shah Alam, pada 14 November lalu, suspek memberitahu mampu menyediakan apa sahaja pada pertemuan kali pertama.

"Malah suspek memberitahu sanggup menyediakan kepala gajah jika mangsa mahu memakannya," katanya.

Menurutnya, mangsa yang tidak berminat dengan tawaran itu bagaimanapun terus dipujuk dan diajak berjumpa di sebuah hotel di Bukit Jalil di sini, sebanyak dua kali.

"Suspek turut dikatakan pernah menghantar ucapan selamat tahun baharu 2023 selain berulang kali mengajak mangsa bertemu di pusat karaoke dan hotel.

"Suspek turut menawarkan imbuhan wang dan bekalan projek jika mangsa sanggup menemaninya sehingga pagi," katanya.

Menurutnya, mangsa yang berang dengan tindakan suspek turut memberi amaran supaya dia tidak terus diganggu.

"Bagaimanapun suspek tidak mengendahkan amaran dengan menghantar gambar dan video lucah melalui WhatsApp secara berterusan kepada mangsa bermula Ogos lalu.

"Tindakan suspek melakukan gangguan seksual menyebabkan mangsa mengalami kemurungan dan tekanan emosi, sekaligus memberi kesan kepada kariernya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya sudah pun membuka kertas siasatan susulan laporan diterima polis, baru-baru ini.

Menurutnya, polis Bukit Aman akan memanggil individu berkaitan bagi siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan (gangguan seksual), Seksyen 507A Kanun Keseksaan (kesalahan menghendap), Seksyen 292 Kanun Keseksaan (memiliki bahan lucah) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 (menggunakan perkataan kurang sopan).

"Siasatan kini dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman," katanya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote LostStar 23-11-2023 12:00 PM
ni yg tunjuk gambar anu tu ke dlm ws?
Quote kaedahnya 23-11-2023 12:12 PM
ishh pompuan tu tak nak means tak nak la si tua ni duk buat gila bayang pasaipa.
Quote sayurmayur88 23-11-2023 01:14 PM
masuk je grup telegram "edisi siasat" .
Quote Belibis 23-11-2023 01:40 PM
Dah tua pun budus macam budak wechat..nak ejas buat la betul2,bukan dengan antar gambar kuplir...
Quote Minahkucing 23-11-2023 03:31 PM
Meh bgi sini dato tu. Nak jugak ak dpt projek2 beso. Boleh jdi clom cleopatra renovate x siap
Quote sharlenetexas 23-11-2023 03:40 PM
Baru je dilantik. Tahun lepas x naik pangkat lagi.


Quote Firenzza 23-11-2023 05:52 PM
Musim KP kertu mengawan.....rasanya NFA
Quote edayildiz 23-11-2023 05:57 PM
bkn ke dh tua dh xmerenyam..biasa atuk tua gini berpenyakiy..org kalau berpenyakit dh xbernafsu kn ngn perempuan
Quote otai_g 23-11-2023 06:39 PM
Sp anak2 beliau ni? X malu ke ada bapak mcm tu? X ngaku bapak dah kalo perangai hauk mcm ni
Quote green~tea 23-11-2023 06:53 PM
Firenzza replied at 23-11-2023 05:52 PM
Musim KP kertu mengawan.....rasanya NFA

Hahahahahaha musim ketua pengarah mengawan geli hati
Quote menjad 23-11-2023 07:10 PM
Asal tuwo jer
Asal banyak duit jer
Mula nak cari poen baru
Padahal badan dah bau tanah  
Quote noxnox 23-11-2023 08:41 PM
well not suprised. typical bos gomen jusa
Quote jayn2u 23-11-2023 09:20 PM
Nak convince "anu"nya masih berfungsi wakakaka

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.349370 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top