Pemilik nama Yuseri Yusoff mula mendapat perhatian ramai dalam usahanya menuntut keadilan di atas kematian anaknya, Baby Syifa yang didakwa meninggal dunia akibat penganiayaan ketika berada di sebuah pusat asuhan.
Yuseri juga telah menubuhkan sebuah persatuan yang diberi nama YY Community Centre yang membantu kes penganiayaan dan membantu mengutip dana bagi mereka yang memerlukan. Bagaimanapun, tular pula dakwaan seorang aktivis dikenali sebagai Mr Wan Cai yang kononnya Yuseri menyeleweng sumbangan awam untuk keluarga Dea Maisarah. Menerusi perkongsian di Facebook, kata Mr Wan Cai, keluarga Dea Maisarah hanya menerima RM5,000 sedangkan jumlah kutipan sumbangan yang terkumpul adalah RM53,065. Loading FB Post...
Malahan, Yuseri juga didakwa terus bersembunyi di pejabatnya dan membisu tanpa memberikan sebarang penjelasan mengenai perkara tersebut. Tidak hanya Mr Wan Cai, seorang peguam yang dikenali sebagai Fira Fahmi turut mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh Yuseri. Loading FB Post... Katanya, ada individu yang menghantar mesej kepadanya dan mendakwa Yuseri hanya memberikan bantuan awam kepada mereka sebanyak RM6,700 sedangkan duit sumbangan yang dikumpul hampir RM18,000. Sumber: Beautifulnara |
None68 replied at 24-11-2023 11:12 AM
Baru2 dah kantoi..buatlah cam Aman Palestin tu baru puashati
yuhuu replied at 23-11-2023 09:32 PM
Masa dia tukar loyer kes anak dia tu pun memang dah ada bau ikan khen. Rupanya loyer pun dia tak bay ...
orkid_amani replied at 24-11-2023 10:18 PM
Xbaru jugak yuu..masa pkp tuhari..2021 kot start kelepek sempat la kumpul banyak aset.. superbike ...
None68 replied at 24-11-2023 11:12 AM
Baru2 dah kantoi..buatlah cam Aman Palestin tu baru puashati
Binodino replied at 25-11-2023 11:08 AM
Oh ada rupanya thread gangster katik bau budu merangkap scammer terpaling jadi sasaran preemasin ni. ...
yuhuu replied at 23-11-2023 01:32 PM
Masa dia tukar loyer kes anak dia tu pun memang dah ada bau ikan khen. Rupanya loyer pun dia tak bay ...
fortiori13 replied at 26-11-2023 02:21 PM
Masa kes anak dia tu ramai ke orang derma kat dia? Kalau ramai, patut boleh je bayar loyer sume.