Akhirnya misteri kehilangan seorang wanita terbongkar susulan penemuan tulang temulang di bawah lantai salah sebuah bilik di kediaman di Desa Bacem, Jawa Tengah. Pemilik rumah, Sugeng Riyadi, 46, menemui tengkorak dan tulang manusia tertimbus di bawah lantai bilik ketika proses renovasi sedang dijalankan di rumah yang baru dua bulan dibelinya itu.
Kompas melaporkan, Sugeng membeli rumah tersebut daripada adik iparnya yang dikenali sebagai SH. Seorang penduduk kampung, Sunaryo berkata, penduduk setempat mengesyaki rangka manusia yang ditemui di rumah itu ialah milik seorang wanita bernama Fitri yang sudah lama 'ghaib'. Wanita berusia 23 tahun itu merupakan isteri kepada SH, iaitu pemilik asal rumah berkenaan. Menurut Sunaryo, sebelum Fitri 'hilang', wanita itu dan SH pernah membuka kedai kopi di kampung.
Beberapa ketika selepas itu, penduduk mendengar berita bahawa rumah tangga pasangan tersebut berantakan kerana orang ketiga. Polis menganggarkan rangka manusia tersebut ditanam di lokasi itu lebih setahun lalu. Ketua Polis Kota Blitar, AKBP Danang Setiyo PS berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut. -CARI Sumber: mStar/Kompas
|
dua_chzy replied at 23-11-2023 09:44 AM
Eh ehhhh mati2 la aku ingatkan kehilangan pengacara TV3 tu.
Boleh tak jangan nak mengIndon sangat t ...
ADVERTISEMENT