CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akaun Israel Cuba Jadi Batu Api Antara Malaysia Dan Singapura, Netizen Bidas, "Kami Gaduh Nasi Lemak Siapa Lebih Sedap Je"

22-11-2023 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4357| Komen: 24

Satu akaun milik rejim Zionis cuba untuk mengapi-apikan rakyat Malaysia dan Singapura.

Dalam posting yang dibuat oleh Israel War Room di laman X, akaun tersebut cuba menceritakan tentang sejarah kenapa Malaysia sangat membenci Israel.


Menurut akaun terbabit, negara haram itu telah banyak berjasa dengan memberi pertolongan kepada Singapura untuk merdeka daripada mana-mana negara jiran yang mahu menjajah.


Foto: Gempak

“Tahu tak kenapa netizen Malaysia sangat toksik dan benci kepada Yahudi dan Israel? Sebenarnya ada sejarah di sebaliknya.

“Malaysia benci Israel kerana Israel menolong negara yang kecil, Singapura untuk mencapai kemerdekaan dan berjaya daripada didominasi oleh negara-negara jiran,” tulis akaun itu.

Bagaimanapun, netizen Malaysia pantas meninggalkan komen yang menyifatkan akaun rejim Zionis itu cuba menjadi batu api antara negara Malaysia dan Singapura.




Menurut netizen Malaysia, tiada sebarang perselisihan faham berlaku, sebaliknya kedua-dua negara ini hanya bertanding tentang makanan siapa yang lebih baik.

“Cuba untuk menyemai kebencian antara Singapura dan Malaysia dengan cara antisemitik. Kedua-dua negara hanya bergaduh tentang Nasi Lemak siapa yang lebih sedap,” tulis netizen tersebut.

Hantaran itu mendapat sokongan oleh rakyat Malaysia dan Singapura di mana rata-ratanya bersetuju tiada perbalahan antara dua negara berkenaan.




Antara respons yang diterima:

“Dia ingat dia boleh api-apikan kita,”

“Tak tipu, kitorang lebih risaukan tentang makanan,”

“Kitorang gaduh-gaduh manja je. Singapura, Indonesia, Malaysia, Brunei paling teruk pun overclaimed makanan siapa punya dan siapa sedap.”

Sekadar info, negara Malaysia menunjukkan solidariti terhadap Palestin dan tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nusaraya 22-11-2023 04:51 PM
Betol-betol menarik jika timbul kegaduhan antara Malaysia yang pro Palestine dan berlandaskan agama islam dengan Singapore yang diketahui sangat pro Israel ...

siapa yang akan menang dari konflik ini nantinya ?
Quote ifanonline 22-11-2023 04:59 PM
nusaraya replied at 22-11-2023 04:51 PM
Betol-betol menarik jika timbul kegaduhan antara Malaysia yang pro Palestine dan berlandaskan agama  ...

konflik adalah di antara palestine dan Israel...mengapa konflik di antara Malaysia dan Singapura pula?
Quote malarky 22-11-2023 05:06 PM
aku rase dia yang buta sejarah ni...
Quote Nham22 22-11-2023 05:22 PM
Ntah ape2x.. Sibuk nak melagakan org.. Die xtau agong baru nnti kamceng gile dgn Singapore...
Quote sharlenetexas 22-11-2023 05:26 PM
nusaraya replied at 22-11-2023 04:51 PM
Betol-betol menarik jika timbul kegaduhan antara Malaysia yang pro Palestine dan berlandaskan agama  ...

Sape upah ko?

Quote _blackbird 22-11-2023 05:40 PM
fitnah yahudi. dah tentu malaysia singapore break up sebab kegagalan pm pertama dlm menyelamatkan toxic relationship my-sg. ahhgittewwww
Quote kitaserupaaa 22-11-2023 05:54 PM
Malaysia maybe boleh tutup je paip air ke singapura
Quote dani-rox 22-11-2023 06:20 PM
nice try

[youtube]LrZzZ6jlXGE[/youtube]

[youtube]I07B6qfnCBM[/youtube]
Quote Atata 22-11-2023 07:26 PM
Hm... baru2 ni nak spread hatred kat black people. Buat fake story telling session sambil guna gambar2 AI. Tersesak gila. Kau bom lah mana2 pun dunia ni, takkan dapat cover kebusukan hati kauuu yisraellll, orang semua dah buka mata
Quote Atata 22-11-2023 07:27 PM
[ig]https://www.instagram.com/reel/Cz3xy3-oFrq/?igshid=ZWI2YzEzYmMxYg==[/ig]
Quote pengecatbintang 22-11-2023 07:31 PM
Edited by pengecatbintang at 22-11-2023 07:35 PM

Yis real ni tak tau ke Pee Een n penyokong lebih nyampah ngan PM Mesia dari Singaporn..

nak bukti?

bila RM turun..

trus penyokong Pee Een hantam PM Mesia sambil sokong n puji Sing Dollar naik..

kan ke Singaporn tu ex DAP Mesia dolu2

tp benci plak ngan DAP Mesia

heran btol ya






Quote bakingsoda 22-11-2023 08:11 PM
kalau malaysia anti semitic patutnya benci ereb jugak la
Quote nusaraya 22-11-2023 09:13 PM
Edited by nusaraya at 22-11-2023 09:17 PM

Beza dengan Indonesia dan Malaysia, Singapura Dukung Israel dan Sebut Hamas Teroris

[youtube]NxQC9NO9Zvg[/youtube]

[youtube]1ItwuViV7xM[/youtube]
Quote alesandra 22-11-2023 09:46 PM
tapi aku rasa bergaduh psl makanan ni pun bunyi mcm bodoh sgt.bergaduh psl kopi semua tu la.ianya sgt memalukan.jgn kabo kat org boleh tak?
Quote Orangkaya99 22-11-2023 09:47 PM
ceh..mcm orang lapo sgt duit yahudi zionis... perasan lah..
Quote sharlenetexas 22-11-2023 09:48 PM
Tak yah jadi batu api neraka.


Quote kucingitam 24-11-2023 02:23 PM
kitorang gaduh pasal petrol ron 95 juga
Quote krustykrab 24-11-2023 03:08 PM
nusaraya replied at 22-11-2023 04:51 PM
Betol-betol menarik jika timbul kegaduhan antara Malaysia yang pro Palestine dan berlandaskan agama  ...

Ko kah si batu api aka firestone itewww?
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 09:14 PM

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.081220 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top