CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Lori Tular Kena Face Shaming, "Dalam Tiktok Putih Melepak, Rupanya Kulit Gelap Dan Kusam"

22-11-2023 03:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7841| Komen: 115

Pemandu lori Muhammad Iman Arif Lokman sebelum ini tular dan menjadi perhatian ramai yang mengatakan dirinya kacak.

Namun pemuda berusia 22 tahun itu turut menjadi mangsa face shaming apabila sebilangan netizen mengkritik warna kulitnya.




Kata mereka wajah Iman kelihatan cerah menerusi video di TikTok kerana dia menggunakan filter sedangkan rupa sebenarnya lebih gelap dan kusam.



"Dalam TikTok smart lain macam, masa live ni nampak lain pula, macam biasa-biasa je.

"Betul orang cakap, jangan percaya selagi belum face to face.

"Tu aku tak percaya kat TikTok ni. Filter kuat. Berbeza dia langit dan bumi.


"Lain sungguh kan tanpa filter," tulis beberapa netizen secara sinis.



"Saya ada tengok juga. Ada yang saya nampak sendiri, ada juga yang kawan-kawan forward. Saya tak kisah pun. Filter dicipta untuk diguna.

"Kalau orang cakap saya tipu, apa yang tipunya? Saya pakai filter. Ia tak ubah bentuk muka, cuma tukar warna je. Kenapa filter nak jadi isu?


Foto: mStar

"Saya tak rasa tertekan. Yang mana komen negatif, saya buat tak tahu. Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka," katanya kepada mStar.

Menurut Iman, dia tidak menyesal memilih untuk menonjolkan diri di media sosial sehingga tular, malah menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

"Yang mana komen positif, Alhamdulillah. Saya tak menyesal viral. Saya okay je. Yang mana komen bukan-bukan, saya harap mereka cermin diri dulu sebelum mengata.

"Lagipun saya tengok yang negatif ni fake account. Yang jenis toksik ni tak tonjolkan diri pun," ujar pemuda dari Kulim, Kedah yang bekerja di Shah Alam, Selangor itu.

Iman berkata banyak perubahan berlaku selepas artikel pertamanya disiarkan mStar pada 7 November, disusuli temu bual video mStar pada 15 November.

"Sekarang, kalau saya berhenti R&R untuk mandi atau makan, ada orang tegur dan ajak selfie. Saya okay je, tak kisah orang nak bersembang buat kawan.

"Sebelum viral, TikTok saya ada 5,000 followers. Sekarang dah naik 55,000 followers. Yang minta reviu produk dan kolaborasi video pun ada.

"Tapi saya tak sempat nak buat. Saya duduk Kulim, kerja di Shah Alam," ujar Iman lagi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akies 22-11-2023 04:56 PM
Baru korang tau ke kt tiktok tu ramai guna filter
Jangan la nak terpedaya sgt
Quote supernaturalee 22-11-2023 05:00 PM
ko x pakai seat belt ea


adakah spesis yg akn redah ke tgh klu terlalu laju xdan brek?
asl ko sorg selamat kekdahnya?

Quote tripleid 22-11-2023 05:29 PM
Trimalah hakikat yg ko mmg tak helok dekk...
Quote bintangct 22-11-2023 05:34 PM
pd aku ok je muka dia Tak benda nk hencap
Quote jiwasemangat 22-11-2023 05:55 PM
Ok la tuu.. ada la jugak rupa imported.. selalu nya orang dari Utara yg empunya idung tinggi² nii.. sedara aku dr Utara idung nya tak pesek
Quote Kitty_catz 22-11-2023 05:58 PM
sapo suh cayer. meols sejak byk apps filer ni... yg dtg itw boleh kata 100 persennn tak sama dgn dlm gambo tempek kat resume yach  

tu benda formal kut, apply keja

ni kat tiktok fesebuki socmed segala.. lagi laaa tak buleh caya

Quote dani-rox 22-11-2023 06:04 PM
laa kulit sawo matang mcm kebanyakan lelaki Malaysia. netizen yg kunun serba moden dan canggih, baru dengar filter ke?

kacak? entahlah dekk, iras2 muka penjual rambutan kat tempat akak ni pon ada.
Quote Catpaw 22-11-2023 06:11 PM
Lori apa dia bawak, macam best je pusing2 stereng
Quote bottombikini 22-11-2023 06:23 PM
tripleid replied at 22-11-2023 05:29 PM
Trimalah hakikat yg ko mmg tak helok dekk...

hadeiiii...aku tegelak ptg2 ni sis




Quote drivethru 22-11-2023 06:36 PM
Pada pandangan aku, budak ni hensem jer.
Quote Kentot_Wangi 22-11-2023 07:04 PM
akies: Baru korang tau ke kt tiktok t ...
hahaha... Betul.. Makcik ak umor 60 pun pandai guna filter kt t.t... Pastu kembang idung org duk puji mude... Muahahaha... Ni duk hasut2 mak ak suruh install t.t.. Mmg  x la ak nak bagi.. Mcm2 makcik2 skrg...
Quote Kancilkering 22-11-2023 07:09 PM
hemsem je tgk…muda muda ada lesen bawak trailer….bagus lah
driver ada yg cerah ke?
anyway kat melaka tu açık açık bawak trailer tong gas dari sg udang ke alor gajah selamba je…
Quote AbukRokok 22-11-2023 07:17 PM
janji leher ko tak tenggelam ibarat kura kura ok la
Quote Orenn1 22-11-2023 07:36 PM
Warna kulit coklat dah elok serlahkan kejantanan ko nak filter jadi putih pulak. Muka pun elok jugak, ada batang hidung semua, bukan jenis muka jawa totokk tu opsss sorry no offence yach forumers jawa just state the fact budak ni bukanlah takde rupa langsung, cuma kena pakai seatbealt jah
Quote eyansss 22-11-2023 07:39 PM

baru nak tegur tang seatbelt tu...
Quote Orenn1 22-11-2023 07:58 PM
Aku pun tak faham jenis tak oakai seatbdlt blh rakam buat live bagaiii, ni mmg tak rasa malu buat salah pun
Quote I.K.A888990 22-11-2023 08:06 PM
yg hang pergi memuja sangat budak tu awat
ni dah tak hensem pulak katanyer
apa yg kau nak wahai netizenz
Quote orkid_amani 22-11-2023 08:23 PM
akies: Baru korang tau ke kt tiktok t ...

Sebab tu aii xsuka tengok tiktok..fake gila..kemain peloles gebu gebas nya..irl..yaa ammpuun..xsanggup nk kecam
Quote orkid_amani 22-11-2023 08:24 PM
Catpaw replied at 22-11-2023 06:11 PM
Lori apa dia bawak, macam best je pusing2 stereng


Nampak tulisan lori tu mcm tiong nam ja..myb bawak container laa kot.

Lihat semua komen(115)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.062150 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top