CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Beradik & Seorang Rakan Ditahan Rogol Kanak-Kanak 11 Tahun, Adik Mangsa Jadi Saksi

22-11-2023 03:40 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6210| Komen: 58

Gerik: Polis menahan tujuh lelaki termasuk enam beradik selepas dipercayai merogol kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun secara bergilir-gilir di Kampung Pahat Luar, di sini.

Ketua Polis Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata laporan mengenai kejadian diterima jam 9.26 malam kelmarin daripada ibu mangsa yang menyatakan anaknya dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh suspek berusia antara 13 hingga 31 tahun berkenaan yang juga kenalan kepada abang mangsa.




Menurutnya, siasatan lanjut mendapati kejadian berlaku kira-kira 2 petang 3 November lalu dengan ia disaksikan adik lelaki mangsa yang melihat tujuh suspek itu yang merogol mangsa di dalam bilik rumah jiran bersebelahan.

"Hasil siasatan awal, ibu mangsa yang juga suri rumah berusia 36 tahun diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka berusia 11 tahun dirogol.


"Enam daripada tujuh suspek yang ditahan adalah adik-beradik dengan seorang lagi suspek adalah rakan mereka. Saksi iaitu adik mangsa yang berumur sembilan tahun itu melihat tujuh suspek merogol kakaknya itu.

"Saksi juga memberitahu ada melihat kejadian yang sama berlaku kepada kakaknya sebelum ini dan perkara ini sudah beberapa kali berlaku. Mangsa tidak bersekolah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua suspek ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik kira-kira jam 1.51 pagi semalam.

Menurutnya, saringan awal air kencing bagaimanapun mendapati semua suspek berkenaan bebas pengaruh dadah.

Zulkifli berkata, semua suspek direman tujuh hari bermula semalam hingga 27 November ini untuk siasatan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 22-11-2023 03:46 PM
ya ampun...6 beradik tu mak bpk ko main dulu tak baca bismillah ke, perangai sekor2 mcm syaiton
Quote SalenaGomez 22-11-2023 03:52 PM
Benci nya berita mcm ni. Kesian budak. Pempuan tu baru umur 11 tahun …trauma gila kot

Perogol pon dr umur 13 sampai 31 tahun…yg tua pon pedo skali
Quote Skuau 22-11-2023 03:55 PM
memenda cam ni kena ikut 'dark justice'(drama bersiri)...kena 'laksana hukuman x ikut law'...culik depa dan potong konek.dh.selesai.
Quote kitty_lynne 22-11-2023 03:57 PM
Umur 13 dah pandai rogol org… konek besar kue siput je kut…issshhhhh… lahanat betul moga semua jantan durjana tu kena sorg 100 sebatan lps tu mampus kena gelek lori
Quote gigahertz 22-11-2023 03:57 PM
SalenaGomez replied at 22-11-2023 07:52 AM
Benci nya berita mcm ni. Kesian budak. Pempuan tu baru umur 11 tahun …trauma gila kot

Perogol pon  ...

kenapa sebelah sana setiap kali kes rogol mesti mangsa tidak bersekolah ?
Quote sukacactus 22-11-2023 04:03 PM
13 sampai 31?
Dlm 6 bradik tu sekor pun xberguna
Baik muda/tua cam harey
Quote ibu_haritz 22-11-2023 04:11 PM
Ya Allah ape yg aku baca ni????
6 beradik tu mmg 6jahanammmm
Ya Allah jauhkan lah keturunanku dari perkara2 sebegini...
Quote cm_vungtau 22-11-2023 04:32 PM
Kasi masuk penjara juvana aje semua ni. Kasi sebat rotan besar biar melingkup semua sana
Quote zanorba 22-11-2023 04:41 PM
Isu2 mcm ini yang patut para ustaz ustazah ulama ulas n bg lebih perhatian. Dag selalu kot hal2 mcm ni berlaku. Termasuk juga hal2 kelewatan kes syariah yg menyusahkan kaum isteri/bekas isteri, hal2 kaum lelaki yang culas kewajipan. Isu2 miskin tegar lebih kuantiti anak tapi xde kualiti.
Ini tak, concert antarabangsa yg jarang2 sekali wujud kt Malaysia ni yg dorg duk bising sgt. Byk lagi kot local consert yang melekakan esp kt TV tu. Belum kira lg cerita bab drama tempatan yg ada softporn, watak2 lgbt.
Quote SalenaGomez 22-11-2023 04:42 PM
gigahertz replied at 22-11-2023 03:57 PM
kenapa sebelah sana setiap kali kes rogol mesti mangsa tidak bersekolah ?

Ke kat sana budak x sekolah mmg ramai?? Moe x check ke? Tu sebab bancian penting. Rasa tahun lepas n tahun ni mcm xde buat bancian
Quote supernaturalee 22-11-2023 04:51 PM
zanorba replied at 22-11-2023 04:41 PM
Isu2 mcm ini yang patut para ustaz ustazah ulama ulas n bg lebih perhatian. Dag selalu kot hal2 mcm  ...

Totally agree


Yg kes ni they all yg buat Naya kt adik tu better die than give a second chance
Quote johnantak 22-11-2023 06:07 PM
6 jahanam               .
Quote gigahertz 22-11-2023 08:01 PM
SalenaGomez replied at 22-11-2023 08:42 AM
Ke kat sana budak x sekolah mmg ramai?? Moe x check ke? Tu sebab bancian penting. Rasa tahun lepas ...

atau sana kos sara hidup rendah sangat?
rileks je anak tak sekolah.
kalau ibu tunggal i paham la ni suaminya ada.
Quote _blackbird 22-11-2023 08:12 PM
Ermmm. Dasyat nya berita ni. Betul2 6 jahanam
Quote I.K.A888990 22-11-2023 08:45 PM
dasar haiwan sungguh
Quote dua_chzy 22-11-2023 08:55 PM
Rasanya ini kes suka sama suka.

Hancur masyarakat.
Quote SalenaGomez 22-11-2023 09:13 PM
gigahertz replied at 22-11-2023 08:01 PM
atau sana kos sara hidup rendah sangat?
rileks je anak tak sekolah.
kalau ibu tunggal i paham la n ...

Rasa kat sana maybe sebab kesusahan, anak2 x minat sekolah dan nak cari keje

Boleh jadi juga nak sekolah, tapi parents x mampu
Sediakan keperluan, nak hantar pegi balik sekolah

Atau mentaliti parents yg x pentingkan education
Quote akies 22-11-2023 09:22 PM
Si adik mangsa jadi saksi
Dah kenapa ko tak lari dik minta bantuan org selamatkan kakak ko tu
Quote lolipopmanish 22-11-2023 09:24 PM
Menakutkan nye berita macam ni, dah macam dekat yindia sana
Yg 6 adik beradik tu masing2 takde akal ke

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:19 PM GMT+8 , Processed in 0.195344 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top