CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Masih Hidup, Saksi Nampak Cikgu Hafiz Beredar Dari Kawasan Sungai Sedim

22-11-2023 10:22 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5194| Komen: 29

ALOR SETAR – Kehilangan Mohd Hafiz Jasmi, 38, di kawasan peranginan Sungai Sedim, Kulim sejak 8 November lepas menemui petunjuk baharu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd Azizul Mohd Khairi, hasil maklumat daripada seorang saksi di tempat kejadian mendapati lelaki tersebut yang juga dikenali sebagai Cikgu Hafiz dipercayai sudah meninggalkan kawasan berkenaan pada hari beliau dilaporkan hilang.



Foto: Kosmo

“Pada hari kelima selepas kehilangannya dilaporkan, kita menemui petunjuk bahawa bahawa orang hilang ini masih hidup dan hentikan pencarian di Sedim seterusnya membuka maklumat kepada orang awam sekiranya ada apa-apa maklumat.

“Ada saksi nampak dengan jelasnya dia (Cikgu Hafiz) beredar dari tempat kejadian dengan sebuah kenderaan,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah di sini hari ini.

Polis menasihatkan orang ramai supaya menghentikan pencarian di kawasan tersebut kerana dikhuatiri mendatangkan insiden yang tidak diingini terutama ketika musim tengkujuh ini.


“Operasi polis ditamatkan selepas lima hari SAR di kawasan berkenaan selepas kita menemui petunjuk tersebut. Namun kita dapati masih ada pihak tertentu yang menjadikan operasi secara persendirian dan kita menasihatkan agar mereka menghentikannya.

“Kita tidak mahu nanti kita terpaksa mencari orang lain pula. Sebarang aktiviti di kawasan itu sebenarnya memerlukan kebenaran daripada Jabatan Perhutanan. Kawasan itu pun sebenarnya sudah ditutup ketika ini,” katanya.

Katanya, polis mempercayai tidak ada unsur jenayah dalam kes berkenaan dan ia diklasifikasikan sebagai orang hilang.

“Kereta miliknya yang ditemui juga dalam keadaan elok dan tiada pecah masuk. Jadi kita klasifikasikan kes ini sebagai orang hilang,” katanya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote syamzana 22-11-2023 10:26 AM
dah dia keluar dari situ ada org dtg ambil ke?
pergi mana la cikgu.
Quote wadiunong 22-11-2023 10:26 AM
emmm boleh tak jgn susahkan mak ayah, polis semua? ni mesti ada personal problem/hutang etc.
Quote ketambangkang 22-11-2023 10:31 AM
mcm kes Acap jgk la ade petunjuk kata dia dh keluar dr kwsn hutan tu
Quote Thunderclouds 22-11-2023 10:33 AM
I called it!
Musti hada plot twist punyaa..
Quote manehnya 22-11-2023 10:47 AM
hmmm pulak dah
Quote mejaputih 22-11-2023 10:56 AM
ketambangkang replied at 22-11-2023 10:31 AM
mcm kes Acap jgk la ade petunjuk kata dia dh keluar dr kwsn hutan tu

yg kes Acap ni bila dapat petunjuk baru ni ye? iols ketinggalan ketapi...
Quote chinta89 22-11-2023 11:33 AM
wadiunong replied at 22-11-2023 10:26 AM
emmm boleh tak jgn susahkan mak ayah, polis semua? ni mesti ada personal problem/hutang etc.

kan.. sama mcm kes yg beli tepon ke apa dh hri tu?

sb kes ni, org nmpk dia sendiri yg beredar pegi. mcm nk larikan diri kan?
Quote adizero11 22-11-2023 11:55 AM
Tak pasal2 org bunian dan jin kena tuduh sorok
Quote Prickford 22-11-2023 12:00 PM
chinta89 replied at 22-11-2023 03:33 AM
kan.. sama mcm kes yg beli tepon ke apa dh hri tu?

sb kes ni, org nmpk dia sendiri yg beredar peg ...

Haa kes tepon tu. Igt kena culik ke apa. Rupanya sendiri pangai taik.

Quote menjad 22-11-2023 12:03 PM
Saksi pung awat simpan lama sangat. Sesuatu jugak tuh

Ada masalah kewangan ker cikguuuuuu

Face it lah saye lah bak kata AnW

Jangan lari, jangan hilangkan diri
Tuh da mnyusahkan semua orang
Umo da 38
Quote batmana 22-11-2023 12:28 PM
cikgu mana ada mslh kewangan, senang sgt buat personal loan

lainla penganggur ke mat pit ke

atau de member cikgu hsut msuk MLM piramid, ramai membe keje cikgu kene cmni
Quote midori888 22-11-2023 12:30 PM
cikgu nie dah kawen ke belum? dulu meols ada kenal sorang nie...tak balik rumah segala bagai...rupanyer nak bercerai dan nak kawen lain...
Quote Cyempaka 22-11-2023 12:35 PM
Bodo je bomoh2 siap buat live kat tiktok ketuk2 tanah
"Dia masih ada ni... Ada yg pegang dia" dgn yaqennya
Budak2 tiktok pun kemain semua pakat terbuka hijap siap datang dalam mimpi la bg petunjuk
Quote kepompong 22-11-2023 01:15 PM
Cyempaka replied at 22-11-2023 12:35 PM
Bodo je bomoh2 siap buat live kat tiktok ketuk2 tanah
"Dia masih ada ni... Ada yg pegang dia"  ...

aik. tiktok dah jadik agen mastika
Quote TomyamPuteh 22-11-2023 01:27 PM
Katanya pegi healing. Baru lepas putus tunang.
Quote puccafan 22-11-2023 01:32 PM
Cyempaka replied at 22-11-2023 12:35 PM
Bodo je bomoh2 siap buat live kat tiktok ketuk2 tanah
"Dia masih ada ni... Ada yg pegang dia"  ...

Mesti jin2 kat sedim tu tengah menyumpah manusia sekarang ni. Spesis kau buat perangai, tuduh spesis aku sorok kawan tu plak
Quote otai_g 22-11-2023 01:36 PM
batmana replied at 22-11-2023 12:28 PM
cikgu mana ada mslh kewangan, senang sgt buat personal loan

lainla penganggur ke mat pit ke

Bila buat personal loan itu pun da menunjukkan mmg ada masalah kewangan. Kalo x ada masalah kewangan x kan buat personal loan.
Quote myakayina 22-11-2023 01:46 PM
tak psl2 jin bunian kt hutan sedim tu kena tuduh sorokkan cikgu ni..
Quote lolipopmanish 22-11-2023 01:48 PM
Tak pasal2 bunian jadik mangsa keadaan
Cikgu balik lah cikguu…

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.079657 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top