Pelakon, Ungku Ismail menyeru orang ramai agar tidak berfikiran sempit dan mudah percaya dengan berita palsu yang tular di media sosial. Ungku memberikan maklum balas itu susulan orang ramai mendakwa kedai kopi tempatan, Zus Coffee menggunakan logo Dewa Yunani iaitu Zeus. "Saranan kena boikot sebab namanya tuhan Zeus dan agama mensyirikkan Allah, mohon berhenti menjadi jumud!" tulisnya di IG Story. Ungku menasihati orang ramai agar membuat pembacaan dengan lebih teliti sebelum menjatuhkan hukum syirik sewenang-wenangnya. Katanya lagi, jenama berkenaan turut dituduh menyokong Israel hingga menyebabkan syarikat tempatan itu mengalami kerugian besar.
Sumber: Xtra |
ADVERTISEMENT