KLUANG – Gangguan ketukan pintu tanpa salam kembali menghantui penduduk di negeri ini. Rakaman CCTV itu dikongsikan menerusi laman sosial Instagram dan TikTok milik Kluang Hari ini mendakwa kejadian berlaku kira-kira pukul 3.22 pagi, semalam di sebuah rumah di Taman Sri Lambak T6 di sini.
Sebelum ini kejadian ketukan pintu rumah penduduk di Felda Air Tawar 5, Kota Tinggi Sabtu lalu sehingga menimbulkan pelbagai andaian termasuklah khuatir perbuatan jenayah selain tidak kurang juga menyangka ianya kejadian mistik. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu bagaimanapun telah menghantar anggotanya untuk membuat pemantauan lanjut. Terdahulu, kejadian sama turut menghantui penduduk di sekitar Parit Raja dan Ayer Hitam, Batu Pahat, 8 November lalu.
|
ADVERTISEMENT