JOHOR BAHRU –Pemilik gedung tekstil yang menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor atau Makcik Kemboja membuat permohonan ampun dipercayai ditujukan kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung isu menghina Melayu.
Wanita berkenaan yang turut dikenali sebagai Madame Mariyah tampil memohon ampun yang dibuat menerusi satu video yang kini tular di media sosial hari ini. Menerusi video berdurasi 51 saat itu, Madame Mariyah atau nama sebenarnya Maria Yaakob tampil membuat permohonan ampun itu susulan pengguna media sosial meminta tindakan diambil terhadap Mariyah yang telah menghina orang Melayu. “Bismillahirarahmanirrahim. Ampun Tuanku, beribu-ribu ampun, sembah patik harap diampun. Patik Mariyah binti Yaakob daripada Mariyah Holding Sdn Bhd mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuanku. “Patik bangga menjadi rakyat negeri Johor, dapat berniaga di negeri Johor. Patik nak bantu lebih ramai orang lagi Tunku. Terima kasih sangat-sangat,” katanya.
Terdahulu, wanita itu menerima kecaman setelah memuat naik satu video yang mendakwa dirinya keturunan Kemboja lebih rajin bekerja berbanding orang Melayu yang disifatkannya sebagai pemalas. “Iyalah memang saya orang Kemboja, apa kena mengena kalau kita orang Kemboja dengan orang Malaysia. I (saya) memang orang Kemboja, I dilahirkan di Kemboja tapi I dibesarkan di Malaysia. “So (jadi) ada apa-apa, kalau orang Kemboja memang pandai meniaga kan, betul tak orang Kemboja memang rajin nak dibandingkan dengan orang Melayu malas,”kata wanita itu. Susulan itu, ahli perniagaan itu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi laman sosial berhubung tindakannya yang didakwa mengguris hati banyak pihak.-CARI Sumber: Kosmo
|
akies replied at 21-11-2023 07:06 PM
Dengar kata dia pemegang ic merah.
Betul ke ?
Skuau replied at 21-11-2023 07:09 PM
ic merah..rasa cam boleh 'tarik balik'.
Skuau replied at 21-11-2023 07:09 PM
ic merah..rasa cam boleh 'tarik balik'.
honeybee1802 replied at 21-11-2023 07:13 PM
Hantor le balik ke kampuchia sana...kata2 org kt sana umpama mcm thn 1960an kt sini
Skuau replied at 21-11-2023 07:09 PM
ic merah..rasa cam boleh 'tarik balik'.
ADVERTISEMENT