Seorang individu menceritakan semula kisah rumah tangga rakannya yang hancur disebabkan orang ketiga. Menerusi perkongsian di Facebook, Tuan Amir Danau menceritakan rakannya itu berkahwin pada usia yang muda.
Rakannya itu seorang suami yang bertanggungjawab memandangkan dia sentiasa berusaha untuk memberi yang terbaik buat isterinya itu. "Hari tu aku ada kena pergi outstation. Sepatutnya kena ke Langkawi urusan kerja. 7 hari aku kena pergi. Pagi tu bini aku siap-siapkan aku, siapkan barang-barang aku untuk aku ke outstation. "Dah siap tu, aku peluk bini aku ni erat-erat. Aku pesan, jaga diri. Sayu je muka isteri aku masa tu. Lepas salam-salam, aku pun keluar rumah." Bagaimanapun 20 minit ketika dalam perjalanan menuju ke Kedah, lelaki ini menyedari beg kerjanya tertinggal di rumah. Disebabkan itu, dia telah pulang semula ke rumah dan ketika itu, dia melihat isterinya sedang bermesra bersama seorang lelaki di atas katil.
"Aku buka pintu, nampak bini aku ada dengan jantan lain atas katil bro. Tengah sedap bermesra. Berpeluk-peluk bagai. Macam nak pecah jantung aku masa tu. Aku bagi salam, aku capai beg lepas tu aku bagi sepatah dua kata. "Aku cakap ke dia, aku tak akan ceraikan dia dekat dalam rumah yang penuh cerita bahagia sepanjang aku hidup dengan dia ni. Aku capai beg aku, aku terus keluar pergi kerja." Lelaki itu akui hatinya hancur namun akhirnya nekad menceraikan isteri dengan talak satu menerusi WhatsApp. "Aku harap dia bahagia dengan lelaki tu. Lelaki yang berjaya buat isteri aku berani tipu aku sampai boleh buat maksiat atas katil aku. Aku tak mengamuk, aku tak hina pun dia, aku lepaskan dia dengan cukup terhormat. Pergilah dia bina bahagia dengan jantan tu." -CARI
|
Bantalkuning: hasanah sangat ni 20 minit lepas tu bini buat kerja
KamikuP replied at 22-11-2023 01:53 PM
Kat twitter gila ada group swinger malaysia.. mengucap panjang meolls tertengok huhuuh.. my eyess..