Aina Abdul mendedahkan lima busana yang digayakan menerusi konsert di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Sabtu lalu berjumlah RM400,000. Selain gaun berwarna biru yang mengeluarkan asap, busana keempat rekaan Ezuwan Ismail berkonsepkan ‘Queen of Gold‘ turut menjadi perhatian yang berharga RM120,000.
Ezuwan berkata, gaun seberat 40 kilogram itu memakan masa selama dua minggu untuk disiapkan dan diperbuat daripada fabrik emas yang hanya boleh dibeli di luar negara. “Fabrik emas ni memang tak dijual di sini (Malaysia). Nak tak nak, kena beli dekat luar negara termasuklah batu-batu yang memenuhi busana tersebut. “Antara batu perhiasan yang digunakan ialah mutiara, berlian serta dihiasi manik dan labuci. Selepas ia siap, berat keseluruhan kostum tersebut dianggarkan mencecah sehingga 40 kilogram termasuk cape,” katanya kepada mStar.
|
LadyCarefree replied at 21-11-2023 11:11 AM
Entahlah. Tak impressed pun dgn benda2 gini.
sleepandream: fabrik luar negara katanya.... ...
heythere123 replied at 21-11-2023 12:02 PM
bukan sheols pergi gym ke? awat body sheols gundu & nampak non-flattering bila pakai kostum tu semua
syamzana replied at 21-11-2023 12:18 PM
baru nak komen benda sama...nmpk bagak dgn kostum liplap2 lagi.
ADVERTISEMENT