Anak Amanda Misbun, Qisya Hairulzain menunjukkan bakatnya dalam bidang lakonan apabila muncul dalam filem terbaharu berjudul MagiK. Pegang watak kanak-kanak pekak, Qisya, 13, mengakui teruja membintangi filem arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka ini kerana watak itu penuh dengan imaginasi.
“Saya berasa kagum dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah kanak-kanak pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip. “Pada mulanya, saya berasa gementar untuk melakonkan watak Kit itu namun ia menjadi mudah apabila pengarah menjadikan filem Disney kegemaran saya iaitu Frozen sebagai contoh di mana Puteri Elsa dilahirkan dengan kuasa mencipta salji dan ais. “Manakala Kit pula mempunyai kuasa berkomunikasi dengan kelip-kelip. Pengarah juga banyak membantu saya menjiwai babak dengan kelip-kelip khayalan yang turut menampilkan sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI),” katanya.
|
chinta89 replied at 21-11-2023 11:14 AM
lakonan amanda yg paling aku ingat dlm Kekasihku Seru.
dia jd kawan baik kpd heroin. heroin Emelda ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
1-12-2023 10:15 PM GMT+8 , Processed in 0.031717 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.