TOKYO – Laman-laman web menawarkan khidmat teman wanita dan teman lelaki untuk disewa di Jepun laku keras sejak kebelakangan ini. MailOnline melaporkan, situasi itu berlaku kerana penduduk Jepun terlalu kuat bekerja dan mempunyai masalah untuk bersosial bersama orang lain.
Tinjauan kerajaan pula mendapati bahawa seramai 1.5 juta penduduk Jepun diklasifikasikan sebagai ‘penyendiri sosial’. Salah satu laman web menawarkan khidmat teman wanita untuk disewa ialah tokyo.rent-kano.net. Ia menyenaraikan sebilangan peneman untuk disewa pada harga 12,000 yen (RM375) untuk dua jam. Antara mereka yang pernah mencuba perkhidmatan itu ialah seorang pesohor YouTube, Harry Jagard. Dia membayar 59,608 yen (RM1,865) untuk melakukan aktiviti bersama seorang teman wanita upahan bernama Eri. “Ia adalah pertemuan paling tidak masuk akal dan mahal sebenarnya tetapi masih murah daripada kos memiliki teman wanita sebenar,” katanya.
Sementara itu, wanita yang mencari teman lelaki boleh menyewa Takahiro Satonaka melalui laman web rentalkareshi.com dengan bayaran 7,000 yen (RM291) sejam. – CARI Sumber: Kosmo
|
ifanonline replied at 21-11-2023 11:01 AM
malaysia dah boleh start buat camni, ramai andartu2 sanggup sewa lelaki2 yg berada di pasaran
mojarean_X replied at 21-11-2023 11:02 AM
Dan kebanyakan andartu T20.
ADVERTISEMENT