CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Cuci Periuk, Guna Minyak Baru, Tak Nak Sayur- Ibu Berpantang Bagi Syarat Panjang Berjela, Pening Tukang Masak

21-11-2023 08:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5323| Komen: 39

Satu gambar resit pesanan makanan dipercayai dibuat seorang ibu berpantang ketika membuat tempahan dari sebuah restoran tular di media sosial.

Pada resit tersebut, kelihatan senarai beberapa permintaan menggariskan cara penyediaan hidangan nasi goreng cili padi yang harus diikuti peniaga.



Gambar Hiasan: mStar

"Tolong cuci kuali dan goreng guna minyak yang baharu.

"Jangan letak sayur, ayam, daging, sotong, udang, kicap, telur, belacan goreng, bawang putih dan bawang merah.

"Cuma letak garam dan gula sahaja. Lagi satu, tolong buat ekstra pedas," tulis wanita terbabit di dalam pesanannya.



Sebelum menutup pesanannya, wanita berkenaan turut sempat menyatakan statusnya sebagai seorang ibu berpantang dan memohon maaf untuk sebarang kesulitan.

"Maaf, saya sedang dalam berpantang. Tolong buat nasi goreng saya ya. Terima kasih!," coret wanita itu.

Selain daripada pesanan nasi goreng cili padi, wanita tersebut juga memesan minuman teh o ais.

Di ruangan komen rata-rata warga maya merasakan permintaan wanita tersebut sebagai sedikit keterlaluan.

"Faham tengah berpantang, tapi kalau tukang masak dapat order macam ni boleh terus pening kepala.

"Banyak pula dia nak minta itu ini, bayar harga nasi goreng RM8 je. Dah boleh masak sendiri kot. Terpaling beranak sis ni.

"Baru nak masuk tengah hari dah ada pelanggan buat hal," kata warga maya merujuk kepada waktu yang tertera di atas resit iaitu pukul 12.09 tengah hari.

Sementara itu, warga maya lain mempersoalkan jika wanita tersebut benar-benar sedang berpantang apabila melihat pada pesanannya.




"Berpantang apanya tu sampai nak minta makan ekstra pedas? Lepas tu dengan minum teh o ais lagi. Mahu tak mengamuk mak mentua tengok order macam ni.

"Tengah berpantang tapi tak nak makan sayur, kena sembelit nanti baru tahu.

"Dalam situasi seperti ini, pentingnya untuk ada lelaki yang pandai memasak," kata netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 21-11-2023 09:03 AM
kO beranak batu ke sampai menu berpantang mcm ni nok? ekekekek
Quote _kelly 21-11-2023 09:49 AM
laki dia mana
Quote midori888 21-11-2023 09:54 AM
eh eleh mengada2nyer...kalu kaya takper jugak, bole hire special chef....
Quote makita 21-11-2023 09:56 AM
Berpantang beranak leh mkn extra cili ke? Ke berpantang sebab taik tersimpan sebulan dlm usus berjaya dikeluarkan.
Bab guna myk baru tu yes..ada org kalau guna myk (contoh lepas goreng pisang/ ayam) utk buat nasi goreng, akan batuk2 berkahak. Lepas muntah baru lega
Quote Ayda89 21-11-2023 10:00 AM
Takut mkn protein n fiber tapi cili nak extra.. apa punya jenis pantang ko ni kak
Quote ezacbee 21-11-2023 10:00 AM
Boleh cancel order ke?

Nanti berderet dapat customer spesis camni

Quote BeskotCekelat 21-11-2023 10:02 AM
Berpantang.. ujung2 order teh o ais..
Quote mamajawie 21-11-2023 10:18 AM
apa bangang la hai order cikki mesikin ni kemain pantang tapi extra cili??anak ko x meggelupur asyik mencret ke ziss???
Quote prettyuglybabe 21-11-2023 10:32 AM
kalau dah tak nak semua, baik kau masak bubur je la kak..
lagi elok takde minyak no sugar no salt..
pastu kau potong la cili api buat ulam..
Quote sukacactus 21-11-2023 10:35 AM
Konon terpaling pantang td balun teh o ais jg
Quote rospinki 21-11-2023 10:35 AM
mcm2 org skrg ni..takat gitu pun order online. masak la sdri ngok. masak nasik smbil ko nenen baby pon bole kan ada piyok plug kecik tu siap pengukus. haiih mengada2 pang kang
Quote kucingsiti 21-11-2023 11:03 AM
ini namanya pantang tengok

Quote azimodin 21-11-2023 11:27 AM
Zaman sekarang ni banyak je service penjagaan orang berpantang. Pilih je la.. nak yg sedia makanan je ada, yag full package jaga mak & baby pon ada. Semua di hujung jari. Kena standby $$$ je la
Quote Gianna111 21-11-2023 11:36 AM
azimodin replied at 21-11-2023 11:27 AM
Zaman sekarang ni banyak je service penjagaan orang berpantang. Pilih je la.. nak yg sedia makanan j ...

dia sangkak sis...sebab tu laaa
Quote chinta89 21-11-2023 11:40 AM
spesies mak2 muda zmn skg ni mengada lebih, berpantang btl2 taknak, baham minum air sejuk gak. eleh mengada. byr rm8 tp order tu cam bayar rm 18
Quote Tinot7 21-11-2023 11:44 AM
Nipu jahh berpantang..
Quote Cyempaka 21-11-2023 11:48 AM
suruh je la laki kau goreng. Mengada ngada budak2 sekarang. masa mengandung merentan orang tak bagi seat. padahal sendiri dok control ayu xnak mintak.
dalam pantang menyusahkan orang.. nanti usung anak merah2 p mall, meroyan lif penuh pulak. mesti semua orang keluar bagi laluan dia dng stroller gabak anak dia nak masuk. xkeluar kaluu.. viralkan.
pastu bawak anak masuk wayang, orang komplen, kau mengamuk. semua kauorang sajalah yang betul dan terpaling ibubapa.
Quote pearl.silver 21-11-2023 11:51 AM
I penah dpt order kek xnk telur
Sbb baru pas bersalin tp nk mkn kek
Jd i xnk buat. Suruh je dia order pas habis pantang
Quote mejaputih 21-11-2023 12:02 PM
Mengada la...pantang apa mcm tu...

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-10-2024 01:38 PM GMT+8 , Processed in 0.043326 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top