Seorang individu berkongsi pengalamannya menginap di sebuah homestay yang dianggap aneh dan menyeramkan. "Korang tengok apa yang pelik ada pada homestay ni. Nak gelak ke nak nangis?" tulisnya menerusi video yang dimuat naik di TikTok.
Menerusi video yang dikongsikan itu, individu berkenaan merakam suasana di dalam homestay berkenaan di mana kelihatan sebuah katil hospital terletak di ruang bersebelahan dapur. Lebih menyeramkan, ruang bumbung di atas tandas pula terlopong tanpa ditutup dengan siling sebagaimana ruang yang lain. "Masa booking tu owner tak cakap apa-apa pun keadaan rumah ni macam mana. Bila dah check-in, alamak seram pula. "Katanya homestay ni dulu bekas rumah emaknya, kini dah meninggal dunia sebab Covid-19," kongsinya lagi. Menurut individu berkenaan, dia sudah meminta pemilik mengirimkan gambar sekitar homestay tersebut, namun gambar katil hospital dan bumbung tandas tidak dikongsikan kepadanya.
"Ada bagi (gambar). Tapi bab siling dan katil seram ni saja dia tak bagi," katanya pada ruangan komen. Individu berkenaan bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi homestay dan berapa lama dia menginap di situ. Di ruangan komen, rata-rata warga maya mengakui turut berasa seram sekiranya mengalami situasi yang sama dengan individu berkenaan. "Menangis macam ni weh! "Kemas tapi tetap nampak seram. "Macam ni punya rumah dengan katil wad pun tergamak nak buat homestay. Ni jadi wardstay," demikian antara komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 21-11-2023 12:13 PM
Tergamaknya la pakai katil aruah mak kau kasik orang tido kat homestay...
Mamason replied at 21-11-2023 04:18 AM
Dia tak kata pemilik tu suruh tidor atas katil hospital arwah mak dia... dia cuma mention katil ho ...
dua_chzy replied at 21-11-2023 12:23 PM
Ooo aiols tak baca artikel.
Still, tak appropriate la kan. Seriau la nampak katil orang sakit kat ...
Weller replied at 21-11-2023 12:09 PM
awat la katil tu tak sedekah kat orang lain yang memerlukan? panjangkan sedekah
venom1 replied at 21-11-2023 02:13 PM
katil dengan siling terbukak tu ada unsur mistik ke?
uda replied at 21-11-2023 02:44 PM
Daripada pembacaan I; orang dulu2 kalau susah nak meninggal, mereka suspect anda 'membela' so buka ...
kotakbaju replied at 21-11-2023 02:20 AM
Iols sorang je ke tak rasa apa2 yang pelik
Kangkung1M replied at 21-11-2023 03:35 PM
Memang takde apa yang pelik.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
8-12-2023 05:15 PM GMT+8 , Processed in 0.075851 second(s), 47 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.