Seorang guru, Shahrizal Sha'ri di laman Facebook berkongsi gambar tandas bagi pelajar lelaki di sekolah yang mengetengahkan konsep ala-ala tandas di kawasan Rehat & Rawat (R&R). Kelihatan luas, tandas berkenaan tampil dengan idea 'terbuka' (open air) sekali gus mencipta suasana yang sangat berbeza berbanding konsep di kebanyakan tandas sekolah.
"Ini adalah salah satu projek tandas pelajar lelaki. Ada lagi tandas-tandas lain untuk disiapkan. "Jikalau sebelum ini memang macam sendu, 'hauk' dan reban ayam, ini juga satu usaha yang amat bernilai hasilnya. Pelajar lelaki pun tak rasa jijik. "Penggunaan warna biru, putih dan coklat sebagai asasnya dan tampak luas. Tak payah deko sangat asalkan sampai matlamatnya. Suasana lebih bersih dan yakin untuk buang air besar," tulisnya.
Loading FB Post... Difahamkan, tandas tersebut adalah di SMK Kulai Besar, Johor. Sehingga kini, perkongsian guru berkenaan meraih 672 shares di Facebook selain mengundang komen pujian daripada warga maya. "Sokong sangat tandas open macam ni. Tak ada la ahli mesyuarat tandas. "Nice tandas macam ni... mengurangkan masalah berbau. "Bagus tandas macam ni... boleh elak hisap rokok, kaki ponteng dan bergaduh," demikian antara komen netizen. Dalam hantaran yang berasingan, guru berkenaan memuat naik gambar di tandas pelajar perempuan yang sedang diubah suai dan dinaik taraf. Untuk rekod, media sebelum ini melaporkan Kementerian Pendidikan (KPM) memperuntukkan RM70,000 kepada setiap sekolah untuk kerja-kerja penyelenggaraan tandas. Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihak kementerian memberi masa selama tiga bulan kepada semua sekolah untuk melaksanakan penyelenggaran fasiliti tersebut. -CARI Sumber: mStar
|
jazaa100 replied at 20-11-2023 02:34 PM
Tandas tu tak de pintu ke?...
Knp pelik pulak aku rasa
krustykrab replied at 20-11-2023 03:21 PM
Kalau tandas gegirl buat mcm ni tak ke kesian bila nk pebetui tudung ka, time nk basuh baju kena per ...
ADVERTISEMENT