CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Gemar Memuji Tubuh Saya, Minta Buat Perkara Tidak Senonoh Dan Pelik," Lelaki Perempuan Kacau Hariz Hamdan

20-11-2023 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3835| Komen: 21

Hariz Hamdan, 21, mendedahkan dia terkena gangguan seksual ketika berada di set penggambaran.

Ia bukan sahaja dibuat oleh wanita tetapi lelaki juga turut berani untuk melakukan perkara terbabit menerusi gangguan secara lisan.


Foto: IG

“Saya pernah lalui pengalaman menerima gangguan seksual set penggambaran, perempuan ada dan lelaki di juga ada. Setakat ini, gangguan yang dilakukan secara lisan.

“Ada yang secara terbuka gemar memuji tubuh saya dan lebih teruk, mereka minta melakukan perkara tidak senonoh dan pelik. Jadi untuk elak rasa kekok, saya anggap mereka bergurau.



“Tapi pada masa yang sama, saya elakkan diri untuk bertemu dengan mereka. Saya elak untuk terlalu rapat dengan pelaku supaya perkara terbabit tidak berlarutan dan saya pun tak mahu mereka ganggu lagi,” katanya kepada XTRA.

Tambahnya dia lebih suka untuk tidak mencampuri urusan peribadi orang lain ketika berada di set penggambaran.



“Saya dibayar untuk berlakon. Jadi ketika di set saya hanya memberi tumpuan untuk berlakon dan tak mahu ambil tahu urusan peribadi orang lain.

“Bukan bermaksud saya nak jadi kera sumbang, saya bertegur sapa dengan pelakon dan kru produksi lain tetapi kalau boleh saya nak elak untuk campur urusan peribadi orang kerana bagi saya, kerja adalah kerja. Kerjaya lakonan menjadi keutamaan saya." -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote irvene 20-11-2023 10:17 AM
muka mcm nadech sikit. yg pelakon thai tu
Quote anilanil 20-11-2023 10:30 AM
Handsome la drpd budak2 kudrat & nobita.
Quote Binderclips 20-11-2023 12:06 PM
Bergurau je kot
Quote twins 20-11-2023 02:54 PM
yg senang buat mcm Amar Bahrain tu... duduk kurung diri dalam kereta hafal skrip atau baut khemah dok diam-diam dlm khemas sorang2....
Quote mamajawie 20-11-2023 03:53 PM
tapi dia ni herlok ingatkan late 20s ke early 30s rupanya muda sangat ni
Quote sarah_ary2 20-11-2023 04:01 PM
irvene replied at 20-11-2023 10:17 AM
muka mcm nadech sikit. yg pelakon thai tu

Hensem tp Nadech tasty kebabommmm lagigituuu
Quote dekmieDandy 20-11-2023 04:22 PM
handsome, lama dah perasan dia ni

muka dambaan gen-Z

pls jangan grow jambang/beard
Quote bendera 20-11-2023 04:41 PM
ha..ha..ha....tu ja komen aku
Quote JahLupa 20-11-2023 04:42 PM
Siapakah andaa
Quote sleepandream 20-11-2023 08:07 PM
keje showbiz memangla ramai nonok2...
jgn tunjuk homophobia sgt nnt tak byk job pulek.....
Quote kuceeng 20-11-2023 09:59 PM
selalu retis lelaki yg x malu segan cite kene kacau dgn jantan2 ni mmg sesuahtu
Quote fortiori13 20-11-2023 10:09 PM
Baru tahu kewujudan mamat ni, tapi boleh tahan ensem gak...
Quote bukan_ustazah 20-11-2023 10:16 PM
Handsome tapi kena cari projek yang boleh naikkan nama atau gossip yang boleh dikenali. Pastikan juga lakonan tak sendu. Cubalah couple dgn mana2 pelakon yang popular buat video tt gedik gedik mesti lebih dikenali.
Quote sharlenetexas 20-11-2023 10:30 PM
Tgk dlm tv nampak muda.


Quote LadyCarefree 20-11-2023 11:11 PM
halah halah
Quote cloudnine 21-11-2023 01:54 AM
Dia HR batch nadhir. Suka dia. Very the matang. Suara sedap. All the best dik.
Quote LembingDayanti 21-11-2023 03:24 AM
kat set pompuan apo yg gangguan sexual? mesti la kat set semua bapok mak ayam... pondan je taste kat you ni
Quote BLoOmiNg_LeaF 21-11-2023 11:01 AM
yeke ni , klau jantan kekar xkan nak die citer bende yg memalukan dan mcm halahh2 je bunyik isunye ni ..lg stu tah spe laa kau ni
nyahh ...kauu klau xnk kne sexual harassment kau pg kapel cpt dgn peah korobah tuu..kompem xde spe berani nk dkt try2 kau lg nyahh ..


Quote aciksenah 21-11-2023 11:08 AM
who are yussss???

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:01 PM GMT+8 , Processed in 0.060600 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top