Pelakon Ebby Yus bakal menjalani pembedahan memasukkan perentak jantung pada Disember ini. Ebby atau Muhammad Yunus Abdul Rashid, 58, berkata, dia perlu melakukan pembedahan tersebut selepas mendapat nasihat doktor selepas jantungnya semakin lemah. "Bulan depan saya akan buat pemeriksaan jantung sebelum melakukan pembedahan masuk bateri sebab jantung lemah. "Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian saya berjalan seperti biasa dan mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Ebby memberitahu kos pembedahan itu dianggarkan sebanyak RM38,000 dan sedang berusaha mendapatkan bantuan daripada pihak hospital bagi menampung kos berkenaan.
Sumber: mStar
|
silampumeja replied at 17-11-2023 01:43 PM
Dulu dia ada restoran chinese muslim kan... Semua dh tutup ye
Kangkung1M replied at 18-11-2023 07:41 AM
Ebby kata dalam masa setahun dia sakit, 3 buah kedai, 4 buah kereta dan semua wang simpanan habis. ...
Kangkung1M replied at 18-11-2023 03:41 PM
Ebby kata dalam masa setahun dia sakit, 3 buah kedai, 4 buah kereta dan semua wang simpanan habis. ...
ADVERTISEMENT