CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Balqis Dedah Kru Produksi Pernah Gelar Ibu Penagih, Pelacur

17-11-2023 05:16 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9190| Komen: 73

Description: Pelakon Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu ketika dahulu.Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 16, berkata, dia menjadi saks ...
Pelakon Puteri Balqis mendedahkan ibunya pernah dituduh sebagai penagih dadah selain digelar pelacur oleh kru produksi suatu ketika dahulu.

Balqis atau Puteri Balqis Aziz, 16, berkata, dia menjadi saksi bagaimana ibunya Norashikin Mohd Aziz dimalukan malah dia sendiri pernah menjadi sasaran kebencian mereka di set penggambaran.



"Mak masih ingat kru-kru produksi pondan wardrobe dan solekan yang sebarkan cerita mak penagih?

"Berbulan shooting, kakak (panggilan Balqis) dipanggil anjing, babi, monyet. Mereka ketawakan mak ramai-ramai, dijerit pelacur waktu tengah makan.

"Lepas mereka solat, mereka sambung maki hamun kakak, hina mak sepanjang mak berjalan," katanya.


Balqis berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran panjang lebar mengenai kisah silam dia dan ibunya yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, Balqis turut mendedahkan mereka pernah menjadi mangsa seorang selebriti berpengaruh yang cuba mengambil kesempatan di atas kesusahan dihadapi mereka.

Jelas Balqis, selebriti berkenaan mahu menggunakan mereka sebagai content di media sosial dan ditawarkan RM5,000 dengan syarat dia perlu berakon menjadi susah dan mengikut semua arahan mereka.


"Mereka rakam video kakak jual buku bersama anak lelakinya dengan alasan mahu anaknya belajar erti susah. Mereka tak hantar kita balik tapi bawa ke rumah mereka yang sebesar istana.

"Bila kita masuk, kamera sudah siap dipasang... Kita ditanya pelbagai soalan yang kita sendiri buntu untuk jawab. Semua jawapan yang boleh menjatuhkan kita dimuat naik di YouTube.

"Esoknya PA (pembantu peribadi) dia datang pujuk dan tawar nak beri RM5,000 sebulan dengan syarat saya kena berlakon lapar, naik kereta api seorang diri jual buku.

"Selama video itu viral di YouTube, mereka akan beri kami RM5,000 sebulan," dedahnya.

Tambah Balqis, walaupun kehidupannya tiada perlindungan dan kasih sayang namun dia berjanji akan menjadi anak yang baik.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 17-11-2023 05:31 PM
Asl gmbr mekap tebal die dah mcm pondan plk.
Kadang Kesian tgok bdk nie
Mak die je la die ade. Baik ke buruk
Quote beni_nikaido 17-11-2023 05:47 PM
sape selebriti berpengaruh tu???
jadi...vid yg dia sakit tu content semata atau dia betul2 sakit?
bab jual buku tu kecoh jugak kisah dia sampai netizen cerca mak dia.
Quote sharlenetexas 17-11-2023 05:52 PM
beni_nikaido replied at 17-11-2023 05:47 PM
sape selebriti berpengaruh tu???
jadi...vid yg dia sakit tu content semata atau dia betul2 sakit?
ba ...

Celebrity berpengaruhbtentu masuk list black book dia.

Quote Sheila1987 17-11-2023 05:59 PM
beni_nikaido replied at 17-11-2023 05:47 PM
sape selebriti berpengaruh tu???
jadi...vid yg dia sakit tu content semata atau dia betul2 sakit?
ba ...

Hint ke alip je.
Quote Sheila1987 17-11-2023 06:28 PM
beni_nikaido replied at 17-11-2023 05:47 PM
sape selebriti berpengaruh tu???
jadi...vid yg dia sakit tu content semata atau dia betul2 sakit?
ba ...

Tp dia masuk bersamamu dulu. Baru alip gunakan dia untuk content. Tp dia ni suka salahkan org lah.
Quote Fazzbulous 17-11-2023 06:31 PM
why not ko buat urin test dkt mak ko?ko puas ati,netijen puas ati..gitewww...
Quote scarflicious 17-11-2023 06:34 PM
Busuk ah dia ni.
Quote jihyomelly 17-11-2023 07:50 PM
kadang2 benda ni tak betul org x kata..mungkin ada yg nampak..tapi kalau sengaja dah jd fitnah..ntah la ..byk nampaknya nama2 yg kena banned dlm buku 555 dia hehehehe
Quote LadyCarefree 17-11-2023 09:09 PM
xcaya langsung apa dia cerita psl kononnya crew2 dan mekap retis buat gitu sambil jerit2 panggil mak dia pelacur masa tengah makan.
Quote heythere123 17-11-2023 09:17 PM
tapi mak sheols memang nampak macam kaki dadih pon
Quote _blackbird 17-11-2023 09:38 PM
Tgk dia ni mcm sejenis melepaskan anjing tersepit je. One day kita tolong esok2 dia kata kita pergunakan dia juga. So masa di offer 5k ko juga setuju kan nak berlakon daif, rela di exploit. Skang  ni ungkit balik mesti sebab duit bantuan dah kena stop.
Quote dua_chzy 17-11-2023 10:03 PM
LadyCarefree replied at 17-11-2023 01:09 PM
xcaya langsung apa dia cerita psl kononnya crew2 dan mekap retis buat gitu sambil jerit2 panggil mak ...

Tu la. Kecuali kalau mak dia bitchy jahat gila kat krew. Haruslah dibalas.
Quote SpyLeman 18-11-2023 02:21 AM
Naratif cerita krew2 pondan lepas solat pastu maki cerca mak dia pun seakan tak berapa nak tepat. Ada ke pondan2 jaga wardrobe kt set solat? Atau sengaja berniat jahat utk cerca org2 yg dilihat alim, solat?
Btw, mmg kesian 2 beranak ni. Patut hidup dia tersusun dan berkualiti sbb dia berbakat
Quote isbritneybich 18-11-2023 03:25 AM
terpaling sengsara la budak sekor ni kan move on la dik kalau krew tu tak panggil, netizen semua dah terpikir pon. cuma ko tenggelam timbul je sekilas je org scroll nak baca citer lain yg lagi sensasi
Quote bukan_ustazah 18-11-2023 03:47 AM
Edited by bukan_ustazah at 18-11-2023 03:52 AM

Orang yang mengeji pun tak patut. Patutnya tolong budak ni bagi safe space korang dah memang tahu mak dia macamtu habistu yang mengeji budak tu kenapa? Aqis ni pun kena keluar dari negativity dan cuba pandang hidup dalam sisi positive baru aura positive dekat dengan dia. Kawan lah dengan circle yang elok dik mungkin boleh cuba jauh dari mak sikit dan berkawan dengan orang yang aura dan mindset positive.
Quote Cumikucingku 18-11-2023 05:02 AM
Yela dik..meluat pulak dgr ko cerita buruk tentang kebanyakan org yg pernah terkait dgn hidup ko... sampai aku tak perasan pulak ko memuji org yg berbudi pd ko... seboleh2 nak cite ko dan mak ko ni dianiaya oleh org disekeliling ko.. yg peliknya nape masa org offer 5k utk berlakon tu ko terima? Dia paksa ke?
Quote AWEKSAMURAI 18-11-2023 05:17 AM
LadyCarefree replied at 17-11-2023 09:09 PM
xcaya langsung apa dia cerita psl kononnya crew2 dan mekap retis buat gitu sambil jerit2 panggil mak ...

Dh xde perkara nk d bualkan create lah citer simpati dgn harapan ada yg nk banje duit agar bleh masuk forex lg ha gitu ... Kang sendu tenggelam dh kena juai buku kat Chow kit balik
Quote joy_ah 18-11-2023 06:29 AM
cantik budaknya tapi penuh negative vibes.
Quote theotherfriend 18-11-2023 07:10 AM
Lagi seploh tahun, you will regret backing up the wrong horse

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-12-2023 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.032878 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top