CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bebas Tuduhan Tumbuk Pengawal Keselamatan, Sharnaaz Ahmad Dah Tak Nak Buat Perangai

17-11-2023 11:50 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6142| Komen: 15

"Akan datang kena pikiaq (fikir) banyak kali lah, tak mau (tak nak) buat perangai lagi."


Demikian kata pelakon, Sharnaaz Ahmad sebaik Mahkamah Majistret di sini hari ini melepas dan membebaskannya atas tuduhan menumbuk pengawal keselamatan yang juga penghuni kondominium, Jun tahun lalu.


Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Bazir Ahmad, 38, berkata, banyak pengajaran dilalui selepas lebih setahun turun naik mahkamah.



"Saya bersyukur dan sekarang sudah bebas, ini soal reputasi dan perjalanan karier saya.


"Saya dah banyak belajar dan akan terus belajar," katanya ditemui selepas prosiding mahkamah, hari ini.


Ditanya mengenai perancangannya, Sharnaaz berkata, selepas ini dia akan bercuti dengan anaknya.


"Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 (tahun) dah, perangai masih macam budak lagi.


"Apa jadi dalam hidup saya satu story (cerita), saya rasa kalau tutup buku, story saya akan jadi menarik," katanya.


Terdahulu, dalam prosiding hari ini, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim memerintahkan pelakon itu dilepas san dibebaskan selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.


"Selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan dan peguam, mahkamah berpuas hati dan dengan ini memerintahkan supaya pertuduhan terhadap OKS… DNA (dilepas dan dibebaskan). Oleh itu , OKS dilepas dan dibebaskan manakala wang jaminan dikembalikan," katanya.


Peguam Datuk Wan Azmir Wan Majid mewakili Sharnaaz memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi yang dihantarpada 2 Mei lalu untuk menggugurkan pertuduhan yang dihantar Sharnaaz selaku Orang Kena Saman (OKS) diterima oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).


Wan Azmir berkata, satu representasi dihantar kepada pendakwaan dan pendakwaan memaklumkan bahawa pihaknya ingin menarik balik pertuduhan terhadap Sharnaaz.


"Dalam kes ini, pengadu menarik balik kes ini dan laporan polis berhubung penarikan kes dibuat. Oleh itu saya pohon satu keputusan DNA perlu diberikan kepada Sharnaaz," katanya yang turut kendalikan kes bersama seorang lagi peguam Sharnaaz, Datuk Abu Bakar Isa Ramat.


Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Nadia Eleena Jamaluddin Akbal mengesahkan perkara itu.


"Saya mendapat arahkan daripada Ibu Pejabat (AGC) untuk kes ini DNAA (dilepas tanpa dibebaskan) dan setakat itu arahan," katanya.


Pada 18 Januari lalu, Sharnaaz mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam Awang, 27, di kawasan lif, pintu masuk sebuah blok di sebuah kondominium di Jalan Dutamas di sini pada 8.30 malam, 16 Jun 2022.


Pelakon drama bersiri 'Bukan Kerana Aku Tak Cinta' itu dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.



Sumber: Harian Metro



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Fly_over 17-11-2023 11:54 AM
bukan festime. lambat ko berpikir. mujur lepas. kowser
Quote Gianna111 17-11-2023 11:55 AM
ini lah dia mamat parpu yang bertaring dulu kutuh bamtah..sekarang lihatlah dunia!
Quote jambatannetizen 17-11-2023 12:54 PM
Sejak dia bercinta dengan awet muda, heols nampak vibe lain sikit. Xde nampak samseng mcmtuh.
Quote Joysparta 17-11-2023 01:49 PM
Ngan sskjp kalah......uwekkkkkk
Quote Rogue98 17-11-2023 02:03 PM
Amboiiiii....senang nye ye bebas....sbb org tu Bangla ke? Lepas ni tumbuk Bangla jer lah ye.
Quote Burong_Hantuk 17-11-2023 02:18 PM
Quote BoongaKertas 17-11-2023 04:54 PM
sebab pengadu menarik balik laporan hence representasi beliau diterima AG ke? ke iols yg tak fhm fakta kes?
Quote MarryPottet 17-11-2023 09:50 PM
Rogue98 replied at 17-11-2023 02:03 PM
Amboiiiii....senang nye ye bebas....sbb org tu Bangla ke? Lepas ni tumbuk Bangla jer lah ye.

Pakgad tu bangla ke?
Nama dia ada Awang. Tak penah dengar bangla guna nama Awang
Tapi yg 1st case dia tumbuk staff golf club yg tegur dia sebab merokok di kws larangan merokok dulu mmg bangla kan & dia didapati bersalah then kena bayar denda ntah tak ingat amount dia
And jam tu jugak dia kata lebih kurang mcmni jugop, taknak buat pailang lagi tapi tup tup ada pulak kejadian dia belasah orang 2.0
Quote ReginaGeorge 17-11-2023 09:59 PM
Huntong lerrrr…
Quote Rogue98 17-11-2023 10:07 PM
MarryPottet replied at 17-11-2023 09:50 PM
Pakgad tu bangla ke?
Nama dia ada Awang. Tak penah dengar bangla guna nama Awang
Tapi yg 1st case  ...

Oh ye lah...
Aku baca tadi dia bukan pukul guard.
Ada penghuni kondo panggil kawan dia bawak minyak masak. So nanas gaduh dgn diaorang.
Quote azlinaresad 18-11-2023 08:51 AM
????????????????
Quote ata 18-11-2023 09:14 AM
Siapa kahwin dgn dia unless perempuan tu mcm ex wife yg lagi prominent, toksahla pergi dgn mamat ni. Umur 38 bukan sekali ada kes tumbuk/pukul org, kalau depan2 boleh buat apa lagi dalam rumah. Baiklah single dari hidup kau mcm drama tv1.
Quote zehra2 19-11-2023 10:41 AM
ubah ler perangai. malu lah kat jebat. suka tgk happy family jebat ibu bella ibu amelia n family naik tren
Quote ezacbee 19-11-2023 08:38 PM
Aura gangster.. tapi suara kepit

Quote Dolmat 19-11-2023 09:47 PM
Edited by Dolmat at 19-11-2023 09:48 PM

Persaaaannnn Godfather bercigar bagai.. belum perang baru bertumbuk dah kecut...

Conor McGregor wannabe..  kena masuk court, masuk familiaaaa SSJKP buah terus termasuk! Chetttt pooooodaaaaa!!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.039015 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top