Penyanyi Aiman Tino meluahkan rasa kesal dengan tindakan pihak penganjur yang didakwa masih belum melunaskan baki bayaran kerja sejak empat tahun lalu. Difahamkan, individu berkenaan tidak memberikan respon yang baik ketika penyanyi itu cuba menghubunginya bagi menuntut bayaran berkenaan.
Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 25, meminta individu berkenaan segera menghubunginya dan melunaskan baki bayaran tertunggak sebanyak RM 10,000 itu. “Saya ni dah macam pengemis pula asyik kutip hutang dekat orang kan dan adalah seorang hamba Allah ni sepasang suami isteri mereka berikan saya job di Sabah pada 4 tahun lalu. “Kerja semua saya dah buat, tour satu negeri Sabah pun sudah tapi bayaran belum selesai dan ada lagi berbaki sebanyak sepuluh ribu macam tu. “Bila saya hubungi tak jawab tapi isteri saya hubungi dia cakap sibuk dan kemudian terus hilang macam tu, saya nak balik duit saya tu dan kalau tidak tuntut dekat akhirat nanti,” kata.
Sumber: Aiman
|
ADVERTISEMENT