CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Boikot Produk Pro-Israel, Jangan Cakap Saya Tidak Sensitif – Uqasha

16-11-2023 05:44 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6632| Komen: 1

Pelakon, Uqasha Senrose dia tiada masalah meninggalkan produk daripada jenama-jenama terkenal sebagai salah satu bentuk jihad (perjuangan) terhadap Palestin.

Pemilik nama lengkap, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, kini hanya menggunakan produk lokal dan memboikot habis-habisan semua produk atau jenama antarabangsa pro-Israel sebagai tanda protes terhadap kekejaman Zionis dan solidariti buat seluruh rakyat Palestin.



"Apa sahaja produk yang menyokong kekejaman Israel, saya boikot dan tidak pakai lagi. Sekarang saya hanya pakai produk tempatan.

“Apa sahaja produk yang menyokong kekejaman Israel, saya boikot dan tidak pakai lagi pakai.

“Tidak kisahlah produk untuk alat solek, minyak wangi atau produk penjagaan diri, saya tidak hairan lagi dengan jenama,” katanya menerusi satu sesi siaran langsung dalam Instagram.


Ujar isteri kepada pelakon Kamal Adli itu lagi, tindakan yang dilakukan sebagai salah satu bentuk perjuangan secara peribadi, memandangkan dirinya bukan seorang yang terlalu lantang bersuara dalam media sosial.

“Sepatutnya saya tidak perlu beritahu apa yang saya lakukan. Anda semua tidak tahu apa yang saya boikot. Itu adalah jihad dan cara saya.

“Mungkin saya tidak terlalu lantang bersuara. Tapi saya lebih kepada tindakan. Apa yang saya boleh buat adalah dengan memboikot apa yang perlu,” jelasnya.

Bukan mendabik dada, sebaliknya perkongsian tersebut sebagai satu penjelasan atas segala tuduhan netizen kononnya dia bersikap tidak sensitif terhadap isu semasa yang berlaku di Palestin, terutama sewaktu mempromosikan penganjuran konsert aktor Bollywood terkenal, Hrithik Roshan di Malaysia dalam Instagram miliknya.


“Jadi, janganlah cakap saya tidak kisah, tidak sensitif atau tidak kasihan dengan nasib orang di Palestin. Itu tidak benar,” pintanya.

Bagaimanapun, Uqasha sebenarnya yakin netizen hari ini semakin bijak untuk berfikir dan tidak sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman ke atas orang lain.

Dia juga percaya, tidak semua perkara perlu dikongsikan dalam media sosial bagi menunjukkan solidaritinya terhadap Palestin.

“Ada segelintir netizen cepat sangat menghukum. Saya boleh terima kalau ditegur dengan baik. Tapi masalahnya, orang lebih menunggu untuk kita buat salah. Kalau buat baik, tak ada pula yang berkata. Tapi bila saya buat salah sikit, berduyun-duyun orang kecam,” ujarnya.

Baru-baru ini, Uqasha tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafannya selepas dituduh tidak sensitif apabila mempromosikan penganjuran konsert Hrithik Roshan di Malaysia dalam Instagramnya.

Menyedari tindakannya tidak disenangi ramai, Uqasha bertindak memadam hantaran tersebut dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.


“Saya sudah pun padam hantaran tersebut dan ingin memohon maaf. Bukan kerana saya tidak sensitif tentang isu semasa. Yang salah tetap salah.

“Terima kasih atas teguran semua. Mana-mana pengikut yang sudah unfollow saya, itu saya tidak boleh halang,” katanya. 


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 17-11-2023 11:40 PM
Aku Dari hari tu nak Tanya... pi kelas agama, tapi yg lukis2 Kat muka tu elok ke? Maksudkan aku yg sticker yg lekat Kat muka tu

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.028749 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top