CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Fasha Sandha Tak Kisah Terima Kritikan Sebab Seksi, Tak Beri Kesan Pada Hidup

16-11-2023 09:48 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12625| Komen: 117

Pelakon Fasha Sandha mengakui tidak pernah tergores hati membaca kecaman yang dilontarkan berhubung penampilannya yang dikatakan seksi dan menjolok mata.

Menurut Fasha atau Nur Fasha Sandha Hassan, 39, komen negatif yang ditujukan kepadanya itu sama sekali tidak memberikan sebarang kesan terhadap diri dan kerjayanya.



"Saya biar sahaja, tidak kisah pun sebab benda (komen) itu tidak beri kesan pun dengan hidup saya.

"Saya belum rasa rimas lagi dengan netizen atau pengikut dan sebagainya sebab bagi saya benda itu membantu saya untuk menjadikan saya manusia yang lebih baik.

"Ada juga teguran mereka itu yang saya ambil. Macam teguran yang positif sebab saya memang tidak sempurna, saya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya kepada mStar.


Tambah Fasha, dia juga tidak pernah berbincang dengan suaminya, Aidil Aziz berkenaan komen-komen negatif dari netizen itu.

Fasha yang mengakui masih belum sempurna menutup aurat berkata, dia lebih memilih untuk mengikut kehendaknya sendiri berbanding menuruti permintaan orang lain.

"Saya akan tetap lakukan apa perkara yang saya nak buat sebab hidup kita tak boleh berlandaskan apa yang orang lain suka. Kita kena buat apa yang kita suka.

"Kalau kita ikut apa yang orang lain suka, kita tidak akan gembira contohnya kita nak berhijab untuk ikut trend, atau tunjuk baik, perlukan pujian orang, pada saya benda itu tidak akan kekal.

"Kalau buat untuk orang lain atau bukan untuk diri sendiri, benda itu separuh jalan," ujarnya.

Tambah Fasha, kebanyakkan kecaman yang diterimanya adalah hanya berkenaan pemakaian yang dianggap seksi.

"Itu sahaja kecaman yang orang boleh bagi, bab lain orang tak boleh nak sentuh sebab bab kerja, lakonan, mereka tidak boleh nak kecam," katanya.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 16-11-2023 09:52 AM
Dugaan utk org cantik. Tp dia ni mmg cantik kat mata aku
Quote kalchi 16-11-2023 09:56 AM
Fasha ni drama apa yg dia belakon best ek. I pnah tgk satu drama dgn aiman dlu i suka. Drama lain tak tahu sbb tak follow. She ni nk kata hauk belakon tu tak lah cuma dia takde projek belakon yg betul2 best. Jd benda yg org salu cte psl dia adalah disiplin keje, dgn cte dia kurus
Quote Diamondmoney 16-11-2023 09:57 AM
Pasah ni dia dr dulu mana pernah dulik mulut org nk mgata dia apa

Whoareyours kekdahnya
Quote OsHiN_hOnEy 16-11-2023 09:58 AM
apedehal replied at 16-11-2023 09:52 AM
Dugaan utk org cantik. Tp dia ni mmg cantik kat mata aku

utk org yg kurus, dia mmg berdisplin tinggi kanbut now she is nearing anorexic, bkn lagi target utk kurus


shin bimbang tengok dia berdrip non-stop
putih dia tu tak mcm org yg secara dilahirkan berkulit cerah
jgn nanti tua sok2 mintak bantuan utk repair buah pinggang

Quote apedehal 16-11-2023 10:08 AM
OsHiN_hOnEy replied at 16-11-2023 09:58 AM
utk org yg kurus, dia mmg berdisplin tinggi kanbut now she is nearing anorexic, bkn lagi target ut ...

Oh dia drip ka? Dia bkn da putih..nk putih lagu mana lg lawan tin paduka senduk ka? Tp plg obvious adik dia tu dulu seigt aku mmg kulit bapak dia now lain betul
Quote Burong_Hantuk 16-11-2023 10:09 AM
kesian....laki tetap bewakk idup
Quote OsHiN_hOnEy 16-11-2023 10:12 AM
apedehal replied at 16-11-2023 10:08 AM
Oh dia drip ka? Dia bkn da putih..nk putih lagu mana lg lawan tin paduka senduk ka? Tp plg obvious ...

i dare her to deny
dulu dia pun tak cerah tara mana
adik beradik dia hat lagi 2 sama apak dgn pak hassan tu lar warna kulit fasha pun
tak silap lar dulu2 tu, dia kot yg gi drip dgn sajat - or sajat yg pernah cerita or komen gitu lar kalo shin tak silap
tu yg dia kenal sajat, nanti shin gali balik
tu lar nanti ada lar kesannya kat organ dalaman mcm tin senduk tu, kalo tak tamak nak amik vaksin dulu kita pun tak tau dia ada penyakit
adik dia pun dok drip tapi tak seteruk dia ni
sayang lar sebab anak2 kecil lagi kot, still long way to go
Quote OsHiN_hOnEy 16-11-2023 10:15 AM
Diamondmoney replied at 16-11-2023 09:57 AM
Pasah ni dia dr dulu mana pernah dulik mulut org nk mgata dia apa

Whoareyours kekdahnya

ustazah semah harun bagi nasihat pun dia abaikantu lar kalo nak cari laki tu cari yg boleh menjaga kita dan anak2
nanti jadi mcm fasha adik beradik dlm limelight
separuh bogel pun suami masing2 buat tak tau
nak ditegur, beras mereka yg beli

tutup aurat tu nak ke tidak
suka atau tak
tu perintah dari Allah wahai si fasha
jgn mendongak langit sgt, satgi tersandung batu, kena lagi kat mata mcm aritu

Quote NazRysha 16-11-2023 10:34 AM
sejak kurus makin bongkak dia ni
org usia dia da settle down pakai tudung
dia jer perasan muda
Quote Diamondmoney 16-11-2023 11:07 AM
OsHiN_hOnEy replied at 16-11-2023 09:58 AM
utk org yg kurus, dia mmg berdisplin tinggi kanbut now she is nearing anorexic, bkn lagi target ut ...

Betul la cuols.tgk muka dia yg baju kuning tu kan

Kurus sgt pun bkn cntik
Quote ketambangkang 16-11-2023 11:25 AM
eleh tak tergores kunun..kdg2 koyak jgk kan sindir2 nyetizen
Quote SpyLeman 16-11-2023 11:30 AM
Tak terkesannn kununnn...yg ko sikirinshot komen2 betizen pastu post kt ig nape?
Quote melinda_kerr 16-11-2023 11:34 AM
tk terkesan tpi boleh tahan gak kalau die naik angin. habis disshot semua -- saya maafkan.
Quote nw111 16-11-2023 11:35 AM
OsHiN_hOnEy replied at 16-11-2023 09:58 AM
utk org yg kurus, dia mmg berdisplin tinggi kanbut now she is nearing anorexic, bkn lagi target ut ...

Kurus dia dah nmpk x sihat dah...jgn jadi mcm PZ sudah..
Quote Prickford 16-11-2023 11:54 AM
Nak tergelak baca komen yg sheolls pakai baju anak tu. Sheolls ni mmg dari dulu gitu pesen nya. Cuma skang ni sbb dah berusia kan, patut tone down pakai baby-t.
Quote dewi_rina 16-11-2023 11:55 AM
Aah tak beri kesan, pastu kena komen sikit repost lepas tu tag laki
Quote sudirmanistas 16-11-2023 12:02 PM
apedehal replied at 16-11-2023 09:52 AM
Dugaan utk org cantik. Tp dia ni mmg cantik kat mata aku

Saja cerita, dulu2 di sekolah asrama penuh lelaki, setiap kelas akan dapat newspaper yg budak2 akan ambil di pick up point e.g. kantin lepas perhimpunan. Biasa x laku sgt or budak2 ambil lambat. Alkisah satu hari fasha yg cover dkt ruangan BPOP Bharian pastu seksi pulak nampak peha. Fuhhh rekod aritu laju budak2 berebut ambil newspaper hahaha
Quote apedehal 16-11-2023 12:07 PM
sudirmanistas replied at 16-11-2023 12:02 PM
Saja cerita, dulu2 di sekolah asrama penuh lelaki, setiap kelas akan dapat newspaper yg budak2 aka ...

Ye la dlu2 tgk muka pun da sexy face inikn puler terbelah sana sini mmg jdik modal bdk lelaki lah
Quote shahima99 16-11-2023 12:10 PM
xpe la cheqq ..time hang kuwus ..menyeksi la cukop2.. umur dh byk nk jd bbnu..sama naik ngn tok laki bewokk ..x segan2 tayang adegan yg konon mesra..makk geli la tgk

Lihat semua komen(117)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-11-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.038100 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top