Sebagai tanda sokongan terhadap rakyat Palestin, penyanyi dan usahawan Ifa Raziah mengambil inisiatif menghimpunkan barisan selebriti dalam Himpunan Kemanusian Palestin. Acara yang berlangsung di Pulau Pinang itu merupakan salah satu acara program sempena penganjuran Starvendors Penang Foodfestival yang berlangsung pada 10 hingga 12 November lalu.
Menurut Ifa atau Saripah Raziah Mustapha, 48, solidariti yang ditunjukkan itu juga menggambarkan perasaan sedih ramai rakyat Malaysia terhadap nasib mangsa perang di bumi Gaza. "Dalam kita bergembira, jangan dilupakan saudara Islam kita di Palestin yang menjadi mangsa kekejaman rejim zionis Israel. "Kami di sini turut bersedih dengan apa yang berlaku di sana. Angka kematian terus meningkat melibatkan ramai kanak-kanak, wanita dan warga emas di sana (Palestin)," katanya yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Starvendors.
Bukan sekadar berhimpun melaungkan sokongan, program berkenaan turut diselitkan dengan perkongsian ilmu daripada pendakwah Ustaz Wadi Anuar. Perhimpuan tersebut disertai oleh barisan selebriti yang berniaga pada festival berkenaan.
|
dua_chzy replied at 16-11-2023 01:04 AM
Eh ada tabung Palestine rupanya?
missyL replied at 16-11-2023 12:22 AM
Ade ke yg derma ikut die nie
Idok lah klo iols
Red flag sgt hahahahaha
dua_chzy: Eh ada tabung Palestine rupany ...
dua_chzy replied at 16-11-2023 01:33 PM
Kan chuols! Nanti digunanya duit tu pi cucok sana sini!
ADVERTISEMENT